Header Ads

Pasangan Romantis Sedang Berbulan Madu Sanggup Kurung Isteri Dalam Rumah Kerana Risau Dirampas Orang


Setiap pasangan yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dan baru sahaja menempuh alam perkahwinan pastinya rasa sayang terhadap pasangannya sangat menebal dan turut meluahkan kasih sayang mereka dengan bermacam cara.

Begitu juga dengan Selamat, remaja lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita berusia 71 tahun itu yang tular di media sosial, dia didapati agak berbeza dari orang lain apabila menunjukkan rasa cinta dan kasih sayangnya itu terhadap isterinya Rohaya.

Baru-baru ini perkahwinan yang telah mendapat liputan media di seluruh negara itu menjadi gempar apabila pernikahan pasangan yang mempunyai jurang usia selama 55 tahun telah menarik perhatian ramai.

Terbaru, kisah tentang perhubungan mereka sekali lagi diberi perhatian dan mereka turut berminat untuk berkongsi tentang kehidupan mereka berdua setelah berkahwin.



Biarpun perkahwinan mereka itu menjadi berita utama dan kontroversi demi kontroversi, pasangan terbabit langsung tidak menyatakan rasa malu malah sering meluahkan rasa cinta dan sayang antara satu sama lain walaupun ramai yang mempertikaikan cinta mereka.

Terkini, Selamat telah ditemuramah oleh Detik yang mana Selamat telah sudi berkongsi tentang kehidupannya dengan Rohaya selepas pernikahan mereka yang sering mendapat perhatian ramai itu.

"Saya merasa sangat cemburu apabila berbicara tentang Bonda (Rohaya) kerana saya amat menyayanginya," jelas Selamat.

Seperti yang dilaporkan oleh laman Coconuts, Selamat turut mengaku bahawa beliau sebenarnya seorang lelaki yang amat kuat cemburu serta overprotective sehinggakan dia sanggup menguncikan isterinya itu di dalam rumah setiap kali beliau keluar dari rumah bagi tujuan tertentu.





Selamat turut meluahkan keinginannya untuk memiliki seorang anak bersama Rohaya sekiranya rezeki itu menjadi miliknya.

Laporan terkini Detik menyatakan pasangan romantis itu kini sedang hangat melayari bahtera cinta mereka dan berbulan madu di Palembang, Indonesia.

No comments

Powered by Blogger.