Header Ads

Pemilik Motosikal Yang Baru Sahaja Dibeli Tergamam Apabila Suspek Mencuri Motor Di Depan Mata


KLANG - Seorang lelaki pemandu jentera angkat susun tergamam apabila motosikal miliknya yang baharu saja dibelinya sejak enam bulan dicuri di hadapan matanya oleh dua orang lelaki berdekatan dengan Klang, Parade, beberapa hari lalu.

Kes kehilangan motosikal milik R. Kunalan, 23, telah mendapat perhatian netizen selepas beberapa gambar dimuat naik ke laman sosial Facebook bagi menjejaki si penyamun. Rata-rata netizen begitu bersimpati dengan beliau dan turut berkongsi tentang kes ini sehingga mendapat ribuan perkongsian.

Memetik laporan Utusan Online, menurut Kunalan, kejadian berkenaan berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 10.30 pagi, beliau baru sahaja meletakkan motosikal miliknya jenis Yamaha 125Z di hadapan sebuah restoran dan terus masuk ke dalam rumah.

Namun, dalam masa tidak sampai 5 saat, Kunalan tersentak apabila salah seorang dari suspek didapati melarikan motosikalnya manakala seorang lagi rakan suspek menaiki motor lain sedang menunggu.




Menurut Kunalan, dia hanya sempat mengejar suspek sejauh 100 meter sahaja memandangkan pencuri motor bersama rakannya memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

Menurut Kunalan lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah dapat mengambil gambar suspek semasa kejadian itu berlaku.

Ekoran kejadian itu, Kunalan dengan segera membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bukit Raja dan turut mengharapkan agar kedua-dua suspek yang telah mencuri motosikalnya dapat segera ditangkap.

Manakala, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan telah mengesakan tentang laporan dan kejadian berkenaan malah pihaknya kini sedang berusaha untuk memburu suspek yang dipercayai masih lagi berada di daerah Klang.

Sehingga kini kes kecurian motosikal milik Kunalan menjadi perbualan netizen selepas gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai ketika kejadian telah dimuat naik ke laman sosial. - www.koleksiviral.com

Motor Yamaha 125Z




No comments

Powered by Blogger.