Header Ads

Penumpang Pesawat Emirates Secara Tidak Sengaja Merakam Video Tindakan Yang Memalukan Seorang Pramugari


Satu rakaman video yang dirakamkan secara tidak sengaja oleh seorang penumpang pesawat Emirates memaparkan seorang pramugari sedang memasukkan semula sejenis arak yang dipercayai telah diminum ke dalam botol jadi tular di media sosial.

Memetik laporan Mirror pada Sabtu lalu, 15 Julai 2017, rakaman yang menunjukkan seorang pramugari berbuat demikian dimuat naik oleh seorang penumpang yang berasal daripada Rusia yang dikenali sebagai Yevgeny Kayumov.

Menurutnya, insiden yang memalukan itu dirakam dengan tidak sengajaa malah dia langsung tidak menyedari pramugari terbabit bertindak sedemikian dengan menuang arak yang telah diminum itu ke dalam botol, katanya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Menurut Kayumov lagi, pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan menuju ke Dubai dan menaiki pesawat kelas bisnes A380 itu sambil merakamkan video di dalam kapal terbang berkenaan.


Rata-rata netizen yang menonton rakaman video berkenaan telah mengecam tindakan pramugari itu dan turut berkata tindakannya itu adalah sangat memalukan dan seperti menjatuhkan reputasi syarikat penerbangan yang terkenal itu, Emirates. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.