Header Ads

Rakaman Aksi Membahayakan Memandu Kereta Secara Berundur Jadi Tular Cetus Kejutan Netizen


KUALA LUMPUR - Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan insiden kereta yang dipandu pengguna jalan raya melawan arus di Lebuhraya Utara - Selatan dan beberapa hari lalu, satu insiden yang mengejutkan netizen apabila muncul satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta yang dipandu secara berundur ke belakang yang dipercayai berlaku di kawasan Pudu Raya.

Rakaman video berkenaan yang berdurasi 52 saat itu menunjukkan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu dengan cara mengundur ke belakang menerusi bulatan Jalan Yew sehingga ke Jalan Pudu telah mencetuskan kejutan dan jadi tular di media sosial.

Rakaman itu turut menunjukkan kereta berkenaan turut berhenti di hadapan pintu masuk premis Public Bank di Jalan Pasar Baru dan tidak dapat dipastikan samada kereta itu meneruskan pemanduannya ke tempat lain atau pun sekadar berhenti di situ sebagai destinasi terakhirnya dengan memandu secara berundur.

Pemanduan secara mengundur itu telah mengundang kecaman netizen yang menyifatkan ianya satu tindakan membahayakan nyawa orang lain sekiranya berlaku kesilapan. Tetapi jika diperhatikan, cara pemanduan kereta berkenaan sangat profesional dan tiada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pemandu terbabit yang dipercayai seorang lelaki berbangsa India.

Segelintir netizen turut menyatakan kekaguman mereka dengan pemanduan seperti itu malah ada yang berpendapat berkemungkinan aksi pemanduan sedemikian dilakukan oleh golongan terlatih atau pun sedang menjalankan pengambaraan filem.

No comments

Powered by Blogger.