Header Ads

Rakaman Video Isteri Orang Kantoi Ditangkap Bersama Lelaki Bangla

Kes wanita Melayu digoda oleh warga asing di Malaysia bukanlah satu perkara yang baru terjadi malah semenjak kehadiran warga asing seperti dari Bangladesh, Nepal dan sebagainya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ada diantara mereka bercinta sehingga mengakhiri dengan perkahwinan serta turut mempunyai zuriat dan pasangan warga asing yang mengahwini wanita Melayu dikatakan akan mendapat taraf kerakyatan sebagai penduduk tetap di Malaysia.

Kes yang membabitkan warga asing dengan isteri orang juga kerap dilaporkan. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal sebegini apabila si isteri mencari cinta dengan lelaki warga asing? Adakah kerana lelaki warga asing yang harus dipersalahkan kerana mendekati isteri orang atau si isteri yang menyerah diri dengan menggoda mereka?


Satu kes terbaru yang melibatkan seorang wanita dipercayai masih lagi mempunyai suami sedang bermadu kasih dengan seorang lelaki Bangladesh telah ditangkap dan sempat dirakamkan serta dimuat naik ke laman sosial oleh pemilik akaun Facebook, Nyok Muda.

Menurut kenyataan beliau melalui Facebook terbabit, rakaman video itu diambil ketika kedua-dua pasangan ini ditangkap sewaktu mereka bersama di Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah dan wanita terbabit dipercayai isteri orang manakala lelaki itu adalah warga asing dari Bangladesh.

Menurut Nyok Muda lagi, beliau kasihan kepada suami wanita itu kerana terpaksa menanggung dosa di atas perbuatannya bersama dengan lelaki Bangla tersebut. Beliau turut berpesan kepada semua penonton agar mengingati wajah lelaki Bangla berkenaan kerana dikatakan lelaki terbabit sering menganggu isteri orang.


Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman video ini turut menyatakan kekesalan mereka serta mengecam di atas tindakan wanita yang bertudung itu kerana sanggup meninggalkan suaminya semata-mata untuk bercinta dengan lelaki Bangla.

No comments

Powered by Blogger.