Header Ads

Remaja Berwajah Baik Rakam Video Dari Bawah Skirt Seorang Wanita Ketika Dalam Tren Cetus Kemarahan Netizen


Satu rakaman video yang telah tersebar menunjukkan paparan seorang remaja lelaki dipercayai masih bersekolah sedang merakam video dari bawah skirt seorang wanita ketika dalam tren yang sedang bergerak.

Aksi tidak senonoh remaja terbabit yang kelihatan berperwatakan remaja terpelajar telah dirakamkan oleh seorang penumpang lain yang menyedari remaja berkenaan berbuat demikian.

Dengan menggunakan headset di telinganya sambil menggenggam telefon pintar miliknya, remaja berkenaan kelihatan bersahaja meletakkan kamera telefonnya ke arah bawah skirt seorang penumpang wanita yang tidak menyedari akan kejadian itu.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial Facebook milik Shanghaiist dan telah tersebar serta turut mendapatkan kecaman dari netizen yang rata-rata meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada remaja berkenaan untuk dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain di masa akan datang.


Menurut salah seorang netizen, dari segi pemakaian remaja tersebut, dia kelihatan seperti di bawah umur 18 tahun dan seperti memakai uniform sekolah.

Menurut netizen lain, perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh malah tidak boleh dimaafkan kerana tindakan remaja berkenaan disifatkan sebagai keterlaluan dan kurang ajar. Hukuman yang sesuai harus diberikan kepadanya agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Lokasi kejadian dan di mana kes ini berlaku sehingga kini masih menjadi tanya dan tidak dinyatakan oleh Shanghaiist. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.