Header Ads

Remaja Perempuan 15 Tahun Lompat Keluar Dari Kereta Sebelum Lelaki Yang Menculiknya Melanggar Pokok Sebelum Ditahan Orang Ramai


Satu kekecohan berlaku apabila seorang remaja perempuan didapati diculik oleh seorang lelaki sewaktu remaja terbabit bersiar-siar dengan rakan-rakannya, semalam.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 8.45 malam itu di Kota Tinggi , Johor, gadis yang berusia 15 tahun itu dipercayai berjalan bersama-sama rakan baiknya berhampiran denga sebuah kedai runcit yang terletak di Bukit Samsu, Kota Tinggi.

Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu oleh seorang lelaki secara berseorangan dikatakan berhenti berdekatan dengan gadis terbabit sebelum menarik gadis berkenaan ke dalam kereta lalu meninggalkan lokasi kejadian.


Menurut sumber, remaja terbabit sangat bernasib baik apabila dapat membuka pintu kereta berkenaan selepas menyedari akan pintu kereta tersebut tidak dikunci dari dalam.

Mangsa dikatakan telah memberanikan diri dengan membuka pintu kereta sebelum melompat keluar dari kereta berkenaan. Ekoran tindakan gadis berkenaan dia didapati telah mengalami beberapa kecederaan ringan seperti ada kesan calar di kaki dan tangannya.

Pemandu Myvi berkenaan dikatakan menjadi panik dan hilang kawalan disebabkan tindakan berani gadis terbabit. Penculik tersebut telah melanggar sebuah pokok sehingga menyebabkan kemunculan orang ramai di sekitar kawasan kemalangan sebelum menyerahkan suspek kepada pihak polis.



Hasil siasatan polis mendapati, lelaki terbabit adalaj warganegara Malaysia yang dikatakan berusia 34 tahun serta turut mempunyai dua pertuduhan yang membabitkan najis dadah sebelum ini. Pihak polis turut membuat pengesahan bahawa suspek di bawah pengaruh dadah semasa kejadian itu berlaku.

Kes ini masih lagi dalam siasatan polis di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana didapati melakukan penculikan dan suspek juga turut akan berdepan dengan hukuman 7 tahun dipenjara dan juga denda sekiranya disabitkan  kesalahan.

Sumber: Facebook

No comments

Powered by Blogger.