Header Ads

Resit Bayaran KFC Jangan Dibuang, Dapatkan 10% Diskaun Untuk Pembelian Ayam Goreng Yang Berikutnya, Ramai Tak Tahu!


Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang resit bayaran KFC yang terdahulu boleh digunakan untuk menebus diskaun untuk membeli ayam goreng yang seterusnya.

Maklumat ini telah jadi tular di media sosial Facebook apabila seorang lelaki berkongsi tentang ini. Menurut lelaki terbabit perkara ini sebenarnya telah diketahui semenjak tahun lalu dan dia adalah seorang pemakan ayam tegar serta sering pergi ke restoran makanan segera yang terkenal ini.


Dia turut mendapat tahu tentang ini kerana sering berkunjung ke sana apabila resit bayaran boleh digunak sebagai voucher untuk menebus diskaun untuk pembelian ayam yang seterusnya.

Berikutnya adalah bagaimana cara-cara untuk menebus diskaun yang dikongsikan oleh lelaki ini:


Apabila anda telah mendapat resit KFC, sila kunjungi laman website KFC seperti yang dinyatakan dalam resit atau kfc.com.my dalam tempoh tiga hari resit dikeluarkan.

Lengkapkan maklumat pesanan anda (boleh rujuk resit).

Lengkapkan maklumbalas di laman berkenaan.

Anda akan menerima kod validasi yang perlu anda catatkan ke atas resit (di ruang kosong).

Bawa resit tersebut untuk menebus diskaun 10% untuk pembelian 3 ketul ayam untuk Eat in atau take away! (sah laku dalam tempoh 30 hari selepas resit asal dikeluarkan).

Tawaran ini juga boleh dilihat di belakang resit yang turut boleh didapati di beberapa restoran yang lain seperti di Subway dan Pizza Hut.


Anda dinasihatkan memeriksa setiap rest pembelian di bahagian belakang untuk mendapatkan berbagai maklumat terutamanya diskaun menarik seperti ini. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.