Header Ads

Seorang Budak Perempuan Larikan Diri Dari Rumah Kerana Kerap Dirotan Bapa


PUCHONG, SELANGOR - Akibat tidak tahan sering dirotan bapanya sendiri, seorang budak perempuan yang berusia 12 tahun dilaporkan telah bertindak melarikan diri dari rumahnya.

Laporan dari Sinar Harian menyatakan kanak-kanak terbabit didapati seorang diri ketika ditemui oleh seorang lelaki di awal pagi di sebuah stesyen minyak di kawasan Taman Puchong Prima.

Lelaki terbabit bertanyakan kepadanya mengapa dia sedang bersendirian di waktu sebegini, kanak-kanak berkenaan memberitahu bahawa dia takut untuk balik ke rumah kerana dia akan dirotan lagi oleh ayahnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya membawa kanak-kanak perempuan tersebut ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan tentangnya.

Sumber: Facebook
Melalui siasatan, polis mendapati kanak-kanak terbabit melarikan dari rumahnya selepas dirotan oleh bapanya dan dia turut mendakwa dipukul bapanya dengan kerap menggunakan rotan biarpun kesalahannya terlalu kecil.

Ekoran sering dipukul bapa, mangsa didapati mempunyai kesan luka dan calar di kedua-dua belah tangan, betis, peha dan kedua belah kakinya serta turut mengalami kecederaan lain di beberapa bahagian kepala.

Tidak cukup dengan itu, ibu kanak-kanak terbabit juga dipercayai telah melarikan diri disebabkan pertengkaran dan dibelasah oleh bapanya.

Difahamkan, sehingga kini kanak-kanak malang itu dikatakan langsung tidak mengingati nombor telefon milik kedua-dua ibu bapanya. Dia akhirnya dihantarkan ke Hospital Serdang untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas dirinya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

No comments

Powered by Blogger.