Header Ads

Seorang Pemandu Uber Lelaki Trauma Mendakwa Dicabuli Penumpang Lelaki Yang Menyambar Alat Sulitnya

PETALING JAYA - Seorang pemandu Uber lelaki yang berkerja sepenuh masa mendakwa dirinya telah dicabuli oleh seorang penumpang lelaki ketika beliau sedang memandu dalam perjalanan menghantar penumpang terbabit pada Selasa lalu.

Memetik laporan dari FMT, pemandu Uber berkenaan baru sahaja berkerja menerusi syarikat perkongsian itu memaklumkan bahawa pada malam itu dia mengambil dua penumpang yang ingin pergi ke Petaling Jaya dari Taman Desa.

Gambar hiasan
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.45 pagi itu, beliau dikatakan telah menurunkan seorang penumpangnya di Jalan SS2/24 di Searpark, manakala penumpang yang seorang lagi dipercayai telah menukar tempat duduk apabila berpindah ke tempat duduk di sebelah pemandu.

Menurut pemandu terbabit, selepas penumpang itu menutup pintu kereta dan ketika kereta sedang bergerak, secara tiba-tiba penumpang lelaki itu dikatakan menyambar kemaluannya, sakit dan sangat jijik, katanya.

Dia turut memberitahu bahawa penumpang itu juga menyuruh beliau melakukan oral seks kepadanya dan dalam masa yang sama penumpang itu juga turut bertanya kepadanya sama ada beliau sudah berkahwin atau tidak serta turut berkata berkahwin dengan seorang lelaki adalah lebih baik, katanya ketika melaporkan kejadian itu di Balai Polis Sri Petaling, semalam.

Menurut pemandu Uber itu lagi, penumpang lelaki yang didakwa telah mencabul beliau turut berkata bahawa beliau telah menurunkan rakannya itu di tempat yang salah, kemudiannya menyuruh beliau pergi tempat di mana beliau menurunkan kawannya itu untuk mengambil semula.

Kemudiannya, beliau telah menurunkan penumpang lelaki itu tadi di Restoran Uncle Don di Petaling Jaya sebelum menurukan seorang lagi penumpang terbabit di rumahnya.

Menurut laporan FMT, pemandu Uber terbabit turut memberitahu bahawa kesakitan yang dialaminya selama 12 jam akibat disambar penumpang lelaki itu di bahagian kemaluan.

Beliau turut mendakwa bahawa penumpang terbabit mempunyai "senyuman yang jahat" dan "saya benar-benar menyangkan dia mahu merogol dan meliwat saya", katanya.

Pemandu Uber berkenaan turut dikatakan mengalami trauma psikologi dan ketakutan untuk memandu di waktu malam kerana kejadian itu malah turut dikatakan menangis selepas mengambil penumpang terbabit.

Menurutnya, setiap kali apabila seorang penumpang lelaki yang duduk di sebelah pemandu, dia merasa tidak selesa dengan keadaan itu, malahan sering merasa seperti ada satu tangan yang ghaib mahu menyambar kemaluannya, jelasnya.

No comments

Powered by Blogger.