Header Ads

Seorang Wanita Mendakwa Ditipu Pemandu Teksi Apabila Dicaj RM60 Untuk Perjalanan Hanya 6KM


Selepas Grab Car dan Uber diperkenalkan di Malaysia, perkhidmatan teksi seperti tidak lagi menjadi pilihan orang ramai seperti dahulu kerana dikatakan tambang teksi lebih mahal.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat dan tidak ingin menggunakan perkhidmatan teksi disebabkan terdapat berbagai kes yang membabitkan pemandu teksi seperti menipu penumpang, peras ugut, mengenakan tambang yang amat mahal serta bermacam lagi alasan yang sering dirungut oleh pengguna.

Terbaru, satu rakaman video yang tular di media sosial yang memaparkan seorang pemandu teksi didapati memarahi penumpangnya serta mengarahkan mereka untuk mempelajari semula tentang harga tambang yang dikenakan itu dipercayai sangat tidak berpatutan.

Mangsa yang menghadapi kejadian tersebut menjelaskan bahawa beliau telah ditipu sebanyak RM60 oleh seorang pemandu teksi bagi perjalanan yang berjarak 60KM sahaja.

Menurutnya, dia menaiki teksi berkenaan yang dikatakan Teksi 1 Malaysia bersama rakannya ketika berada di KL Sentral untuk pergi ke Pudu Sentral yang terletak kira-kira 6KM sahaja daripada lokasi mereka sewaktu ingin menaiki teksi terbabit.

Menurut mangsa lagi, pada awalnya pemandu teksi terbabit memaklumkan bahawa dia akan mengenakan bayaran sebanyak RM4 sahaja, tetapi setelah mereka memasuki ke dalam teksi tersebut, kadar bayaran seperti yang dinyatakan bertukar seara tiba-tiba menjadi RM4/Meter pula, katanya.

Sewaktu menghampiri ke lokasi yang ingin ditujuinya itu, mereka amat terkejut apabila mendapati kadar bayaran sebanyak RM60 telah dikenakan oleh pemandu teksi terbabit, sedangkan apabila diperiksa pada aplikasi Grab, kadar bayaran tambang menuju ke destinasi berkenaan hanya berjumlah RM6 sahaja.

Dek kerana tidak berpuas hati dengan kadar tambang tersebut, mangsa terus bertanyakan tentang harga tambang yang dikenakan tetapi dibalas dengan kasar dan biadap oleh pemandu teksi terbabit, malah turut menyuruh mangsa 'pergi belajar' tentang perbezaan teksi walaupun mereka mempertikaikan mengapa mesin meter tersebut tidak dipasangkan bagi mengira kadar tambang yang sebenarnya.


Difahamkan, bagi menutup kesilapannya itu, pemandu teksi terbabit menukarkan topik tentang kejadian rogol yang dikatakan sering berlaku ketika mengambil perkhidmatan Uber dan Grab sebagai cara dan taktiknya untuk memesong pemikiran kedua-dua mangsa berkenaan.

Melalui video berkenaan di akhir rakaman, jelas kedengaran mangsa mengalah serta meneruskan sahaja perjalanan itu walaupun menyedari beliau dikenakan kadar tambang yang amat mahal dan tidak masuk akal itu.


Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan sebegini serta harus bijak membuat penilaian dan juga harus tahu tentang kadar harga tambang ke setiap destinasi yang ingin ditujui.

No comments

Powered by Blogger.