Header Ads

Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa


Ketika kita sedang bergembira menyambut Hari Raya dan rumah terbuka di bulan Syawal ini, jangan sekali-kali kita melupakan kepada mereka golongan yang tidak bernasib baik dan mereka pastinya tidak menyambut Hari Raya seperti kita.

Beberapa hari lalu, satu keluarga seperti yang dilaporkan oleh The Star, telah diusir keluar daripada rumah sewa mereka yang terletak di Taman Perling, Johor ketika kita semua menyambut hari raya yang keempat.

Foto New Straits Times
Pasangan suami isteri itu, Mohd Sani Bachok dan isterinya Norazilah Mahat bersama 7 orang anak mereka yang masing-masing berusia antara 10 tahun sehingga 14 bulan, dikatakan pernah diminta oleh tuan rumah untuk keluar dari rumah sewa terbabit kerana dipercayai tidak membayar sewa rumah mereka selama 4 bulan.

Walau bagaimanapun, tuan rumah sewa itu dikatakan telah memberikan mereka tempoh selama 3 bulan lagi sebagai masa tambahan untuk mereka membuat pembayaran sewa seperti sebelumnya.

Namun, disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup serta tidak mempunyai perkerjaan semenjak tahun lalu, Sani dikatakan tidak dapat melangsaikan hutang rumah sewa berkenaan lalu terpaksa keluar dari rumah sewa tersebut.

Menurut sumber, mereka dikatakan telah berpindah randah ke beberapa lokasi ke lokasi lain seperti di kawasan Rehat & Rawat, beberapa stesen minyak dan juga turut tinggal di dalam kereta disebabkan tidak mempunyai tempat tinggal.

Foto: Maya Hafizluv
Lebih memilukan apabila dimaklumkan bahawa Sani adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi dia tetap mencari perkerjaan dan berkerja demi mencari rezeki untuk dirinya sekeluarga.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Sani dipercayai telah berhaya mendapatkan satu perkerjaan baru iaitu sebagai seorang tukang kebun, sementara itu isterinya juga dikatakan mendapat kerja sebagai seorang tukang cuci.

Foto: Azah Haziq Akashah
Difahamkan, anak-anak Sani dipercayai tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah sejak seminggu lalu disebabkan keadaan serta situasi keluarganya yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan juga tidak mampu mendapatkan pelbagai sumber diperlukan untuk menjalani rutin harian seperti biasa.

Menurut Sani, dia tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai. Saya sendiri tidak mampu untu membantu keluarga saya terutama anak-anak saya yang sering meminta makanan. Terkadang mereka langsung tidak makan berjam-jam, katanya.

Tetapi selepas kisah kehidupan Sani sekeluarga jadi tular di laman sosial Facebook, satu organisasi yang dikenali sebagai We Love Charity (WLC) Johor Bahru telah memberikan bantuan serta berjaya mendapatkan rumah untuk perlindungan sementara buat Sani dan keluarganya.

Foto: Majlis Agama Islam Johor
Foto: We Love Charity JB
Foto: We Love Charity JB
Foto: We Love Charity JB
Malah, pihak Majlis Agama Islam Johor juga turut memberikan sumbangan seperti barang-barang keperluan asas kepada Sani seperti tikar, tilam, dapur gas dan beberapa kelengkapan asas yang lain yang diperlukan mereka ketika berada di tempat tinggal barunya itu.

Terima kasih kepada netizen dan juga semya rakyat Malaysia yang berhati mulia kerana menyebarkan kisah keluarga ini dan juga memberikan bantuan atau pertolongan kepada mereka. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Sani sekeluarga.

No comments

Powered by Blogger.