Header Ads

Suspek Kes Cabul Di Tandas Stesyen Minyak Dipercayai Ada Masalah Kesihatan Mental, Ahli Keluarga Tampil Mohon Maaf


MACHANG, KELANTAN - Susulan kes yang tular membabitkan seorang lelaki yang dipercayai cuba untuk mencabul dan merogol seorang wanita di dalam tandas sebuah stesyen minyak pada Khamis lalu, seorang wanita dipercayai ahli keluarganya telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan tentang kejadian berkenaan.

Memetik laporan The Reporter, seorang wanita, Wan Rabiatul Adawiah Cekda menyatakan bahawa suspek dalam kes tersebut, Muhammad Samir Bin Hassan, 25, dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental dan turut beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab ll.


Wanita terbabit turut mengaku bahawa beliau adalah salah seorang waris kepada suspek dan turut membuat permohonan maaf di atas apa yang berlaku kepada mangsa.

Menurut wanita itu lagi, "Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.

Wan Rabiatul turut memberitahu bahawa, sekiranya suspek tidak mempunyai masalah berkaitan kesihatan, lelaki itu yang akan menjaga ibu serta neneknya di kampung.

Kata Rabiatul, menerusi rakaman video dapat dilihat yang suspek langsung tidak melawan malah turut tidak menutup mukanya kerana suspek dikatakan tidak menyedari dengan apa yang telah dilakukannya malah berkemungkinan beliau tidak merasai apa-apa tentang kejadian itu.



Terdahulu, seorang wanita telah mendakwa bahawa ketika beliau ingin membuang air kecil di dalam tandas di stesyen minyak, seorang lelaki didapati telah memanjat tandas sebelum dirinya dikatakan diterkam suspek malah dikatakan turut mencabulnya.

Walau bagaimanapun, cubaan lelaki itu gagal apabila mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum didengari oleh seorang perempuan yang ketika itu baru sahaja masuk ke tandas tersebut sebelum suspek ditangkap oleh orang ramai.

No comments

Powered by Blogger.