Header Ads

Susulan Video Lelaki Di Kedai Dobi, Isteri Buat Laporan Dan Jelaskan Suami Hilang Ingatan Alami Kesihatan Mental

Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan satu rakaman video yang memaparkan tentang seorang lelaki yang dikatakan mengambil pakaian dalam wanita dari mesin basuh dan menciumnya di sebuah kedai dobi di Shah Alam.


Seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Izzati bertanggunjawab memuat naik video berkenaan ke laman sosial diikuti dengan kenyataannya iaitu seorang lelaki berusia menyelongkar mesin basuh untuk mengambil pakaian dalam di kedai dobi layan diri sehingga mencetus kecaman netizen terhadap tindakan lelaki terbabit.

Terkini, seperti yang dilaporkan The Reporter, ahli keluarga lelaki terbabit dikatakan telah tampil untuk memberikan penjelasan berkaitan dengan kejadian itu. Lelaki berusia itu dilaporkan sebenarnya mempunyai masalah yang membabitkan kesihatan mental.


Kenyataannya dia sebenarnya tidak sihat malah turut diserang sakit jantung dan koma. Lelaki itu sebenarnya diberikan peluang untuk hidup buat kali kedua tetapi malangya dia dikatakan telah hilang ingatan yang menyebabkan dia tidak mengingati apa-apa.

Sehubungan itu, satu individu yang tidak mahu mendedahkan identitinya meminta orang ramai agar memahami keluarganya memandangkan lelaki yang dikecam netizen itu mempunyai masalah kesihatan dan hilang ingatan yang menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Menurut individu itu lagi, cukuplah dengan kesedihan yang isteri lelaki itu alami dengan berbagai dugaan yang diberiNya dan memikul tanggungjawab membesarkan tiga orang anak kecilnya malah ditambah dengan penularan video tentang suaminya itu. Telah terlalu banyak beban yang ditanggungi oleh isterinya seorang diri, ujarnya.

Difahamkan, isteri lelaki terbabit dikatakan baru sahaja menyedari akan video yang membabitkan suaminya itu jadi viral ketika jam 8 pagi semalam setelah dimaklumkan oleh adiknya itu.

Ekoran penularan video suaminya itu di laman sosial, isteri kepada lelaki berkenaan telah membuat laporan polis dan juga aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai tindakan untuk menghalang rakaman video berkenaan dari terus tersebar.


Isteri lelaki itu turut memberikan kenyataan bahawa, suaminya itu mengalami masalah mental dan beliau bersama ahli keluarganya yang lain kini dalam proses untuk merawat masalah suaminya itu.

walau bagaimanapun, Nur Izzati juga dipercayai telah membuang video yang dimuat naik ke laman sosial membabitkan kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga lelaki terbabit tentang status kesihatannya.

Artikel berkaitan: Lelaki tunggu di kedai dobi

No comments

Powered by Blogger.