Header Ads

Tidak Semua Mat Rempit Itu Jahat - Pemuda Ini Tukar Persepsi Masyarakat Apabila Buat Kerja Amal Dengan Ikhlas


Mat rempit sememangnya sering dilabelkan sebagai individu yang kurang disenangi ramai orang terutamanya pengguna jalan raya. Mungkin kerana mat rempit sering melakukan aksi-aksi memberhaya yang mengancam nyawa orang lain menyebabkan mereka tidak disukai.

Sebenarnya, tidak semua mat rempit berfikiran dan berpendapat yang sama seperti yang anda lihat di atas jalan raya. Seorang pemuda telah membuktikan bahawa bukan semua mat rempit itu jahat atau sebaliknya.

Tindakan pemuda ini yang dilakukannya pada Hari Raya lalu mungkin akan mengubah persepsi masyarakat terhadap mat rempit selepas ini apabila lelaki ini menerusi laman Twitternya, Muhammad Nuaim telah memuat naik beberapa gambar yang akhirnya tular dan trending di media sosial. Berikutnya adalah status yang ditulis lelaki berkenaan.


Ramai netizen didapati telah memuji tindakan pemuda berkenaan apabila telah bersepakat membuat kerja amal dengan memberikan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.



Namun, tidak semua yang manusia mempunyai hati yang sama apabila ada segelintir diantara mereka turut mengatakan pemuda berkenaan ingin menunjuk-nunjuk apa yang dilakukannya.

Tindakan pemuda ini sememangnya harus dipuji malah dicontohi oleh semua mat rempit di luar sana.

No comments

Powered by Blogger.