Header Ads

Umur Baru 13 Tahun Dah Pandai Mesej Ibu Teman Lelaki Supaya Datang Bawa Rombongan Meminang Dengan Segera


Kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah seperti tidak berpenghujung apabila berbagai cabaran dan ujian yang harus mereka hadapi setelah anak-anak yang disekolahkan dilaporkan semakin liar dengan bermacam aktiviti yang tidak berfaedah sekarang ini.

Terbaru, seorang ibu berkongsi tentang kekecewaannya terhadap seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 13 tahun telah mengambil tindakan yang begitu berani dengan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepadanya dengan niat untuk mendapatkan anak lelakinya.

Dengan selamba dan bersahaja remaja perempuan berkenaan dilihat bermesej dengan ibu kepada teman lelakinya itu dan mengaku bahawa dia adalah teman wanita kepada anak wanita itu yang dikenali sebagai Khairil.


Wanita itu kelihatan seperti sedang menahan kesabarannya sambil menasihati remaja berkenaan bahawa usianya masih muda dan perlu memberikan perhatian kepada pelajaran bukannya bercinta.

Amat memalukan apabila remaja berkenaan turut menawarkan diri dan menyuruh agar ibu kepada teman lelakinya itu dengan segera menghantar rombongan pinangan agar tiada perempuan lain yang akan mengambil Khairil darinya.



Selepas wanita itu berkongsi tentang keberanian remaja tersebut di akaun laman sosial miliknya, rata-rata netizen berpendapat remaja terbabit seperti tidak mendapat didikan yang baik memandangkan dia begitu berani menghantar mesej sebegitu sedangkan usianya masih muda.

Wanita itu turut menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa memberikan perhatian kepada anak-anak mereka dan turut mengawal akaun laman sosial anak-anak serta perlu menasihati anak-anak perempuan supaya tidak melakukan perkara yang sama. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.