Header Ads

(VIDEO) Bas Ekspres Gempak Siap Ada Wifi Bagai Tapi Pemandu Tak Berhemah, Netizen Desak Pihak Berwajib Ambil Tindakan Segera


Kemalangan maut yang membabitkan pengguna jalan sehingga menyebabkan kematian setiap hari dipaparkan di dada akhbar dan media sosial. Walaupun, pengguna dan pemandu sering berhati-hati masih lagi berlaku perkara yang tidak diingini.

Kecuaian demi kecuaian diberitakan yang membabitkan kenderaan-kenderaan besar seperti lori, bas dan sebagainya yang dikatakan umpama raja apabila berada di jalan raya.

Malahan, mereka dilaporkan tidak mengambil kisah tentang keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain memandangkan mereka memandu kenderaan yang lebih besar.

Jadi, apabila berlakunya kemalangan yang membabitkan bas atau lori, ianya bukan menjadi satu kehairanan bagi mereka yang tahu bagaimana pemandu-pemandu seperti mereka ini memandu.

Satu kisah yang berlaku baru-baru ini telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook, Nazrin Haikal Ruslan apabila beliau telah merakamkan satu video yang membabitkan sebuah bas ekspres yang dipercayai dipandu laju secara melulu. Ikuti perkongsiannya yang turut menarik perhatian orang ramai.




Melalui rakaman video dari Nazrin jelas menunjukkan bas ekspres terbabit telah menghimpit kenderaan yang dipandu olehnya dan juga sebuah kenderaan jenis Perodua Alza di hadapannya serta turut dilihat kenderaan lain dari arah bertentangan yang turut mengelak daripada bertembung dengan bas berkenaan.


Segelintir telah mendesak pihak yang berkuasa segera mengambil tindakan ke atas pemandu bas ekspres tersebut kerana kecuaian pemandu berkenaan telah mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna lain di jalan raya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.