Header Ads

(VIDEO) Di Sebalik Kejelitaan Gadis Bertudung Ini Tersorok Kelincahan Dia Bermain Bola Sehingga Mendapat Perhatian Stesen TV Luar Negara


Bola sepak wanita bukanlah sesuatu yang baru bagi negara kita malah sejak beberapa tahun lalu berbagai pertandingan bola sepak wanita diadakan di mana-mana di seluruh negara.

Tetapi untuk diiktiraf sebagai pemain bola sepak wanita yang profesional agak sukar untuk dicapai oleh sesetengah wanita kerana kriterianya yang tertentu harus dimiliki oleh pemain wanita berkenaan.

Namun, mungkin tiada siapa yang menyangka dengan seorang gadis ini yang cantik jelita dan menawan ramai lelaki itu adalah seorang pemain bola sepak yang bertaraf profesional ini berasal dari Kampung Pintu Geng di Kota Bahru.


Menurut Nur Syahindah Binti Mohd Kamal, dia pernah diperlekehkan malah dipandang serong oleh beberapa golongan dek kerana minatnya terhadap bola sepak, namun, semua itu tidak pernah melemahkan semangat gadis comel yang berusia 20 tahun itu untuk terus maju ke dalam bidang ini.

Pemain bola sepak dari Kelantan ini pernah jadi tular dan popular di media sosial turut menyatakan segala cemuhan dan kutukan yang dilemparkan kepadanya diambil dengan positif.

Katanya, hanya sesetengah orang sahaja yang sering merendah-rendahkan dirinya malah ada yang menuding jari dengan berkata perempuan adalah lebih baik masuk ke dapur untuk memasak, tetapi bagi gadis yang lebig mesra disapa sebagai Indah ini menjadikan itu semua sebagai pembakar semangat.



Gadis kacukan Cina Thailand itu mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam misi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).

Liga ini pertandingan pertama disertai Nur Syahindah, yang diletakkan dalam posisi pertahanan kiri, setelah dipilih menyertai pasukan bertudung ini hujung tahun lalu.

“Harapan saya supaya pasukan saya boleh pergi jauh dan saya berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia,” katanya yang masih menuntut di Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu.

Menurut Indah lagi, beliau bermain bola sepak bermula dengan bermain futsal dan bergerak dengan lebih aktif selepas tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SOM) pada tahun 2014.

Katanya, dia pernah mencuba hampir keseluruhan jenis sukan, namun belum pernah bermain bola sepak. Di Malaysia kegiatan bola sepak wanita agak jarang diadakan malah sesetengah pihak tidak begitu menggalakkan sukan sebegini.


Berikutnya gambar Indah bersama kembarnya.


Memetik laporan Malay Mail Online, Indah turut memberitahu bahawa beliau amat meminati Barcelona dan pemainnya Ivan Rakitic yang juga seorang pemain Croatia. Dia juga turut meminati permainan Nor Farhan Muhammad iaitu penyerang bola sepak Kelantan.

Menurut Indah lagi, dia sering menonton bagaimana pemain bola sepak dari Barcelona bermain dan dari situlah bermulanya minatnya untuk bermain bola sepak. Malahan beliau turut banyak mempelajari tentang permainan bola sepak melalui tontonan video-video perlawanan dari Barcelona. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.