Header Ads

Video Gadis Memakai Skirt Pendek & Berjalan Di Tempat Awam Gemparkan Arab Saudi, Netizen Desak Kerajaan Ambil Tindakan


Rakaman klip video yang menunjukkan seorang gadis memakai skirt pendek berjalan dan bersiar-siar di kawasan awam mencetuskan kekecohan di media sosial di Arab Saudi selepas gadis terbabit memuat naik video berkenaan.

Menurut laman FMT, gadis berkenaan bernama Khulood yang dikatakan seorang model telah berkongsi videonya ketika berjalan-jalan di kawasan kubu bersejarah di Perkampungan Warisan Ushaqir kira-kira 155 km dari utara Riyadh iaitu di wilayah Najd yang dikatakan palinf konservatif di Arab Saudi.

Rakaman video tersebut dilaporkan telah mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial malah netizen turut mendesak model terbabit ditangkap dengan segera kerana dikatak telah melanggar undang-undang iaitu tidak mematuhi kod etika berpakaian di negara Islam berkenaan.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut dikatakan mempertahankan gadis terbabit malah turut memujinya yang dikatakan sangat berani.

Manakala, netizen lain berpendapat, gadis terbabit wajib menghormati undang-undang di negara itu sedangkan di Perancis wanita yang memakai niqab akan didenda jika memakainya malah niqab turut diharamkan di negara berkenaan.

Di Arab SAudi pemakaian abaya dan pakaian sederhana adalah sebahagian daripada undang-undang kerajaan di negara tersebut.

No comments

Powered by Blogger.