Header Ads

(VIDEO) Kereta Hilang Kawalan Rempuh Bonggol Melambung Tinggi Dan Langgar Tiga Buah Kenderaan Lain


YONG PENG, JOHOR - Rakaman video yang menunjukkan satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta yang dipandu laju sehingga melanggar tiga kenderaan lain jadi tular sejak semalam malah turut jadi perbualan netizen di media sosial.

Kemalangan itu dikatakan berlaku di kawasan Perumahan Taman Sri Aman pada kira-kira jam 7 pagi apabila sebuah kereta dengan lajunya merempuh bonggol jalan yang menyebabkan kenderaan itu melambung tinggi dan turut merempuh sebuah motosikal serta dua buah kereta di hadapannya.

Menurut laporan The Reporter, kejadian itu berpunca daripada pemandu kereta terbabit yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan menyebabkan kemalangan ngeri itu terjadi.

Melalui siasatan awal dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, mereka telah menerima panggilan kecemasan daripada orang pada jam 7.07 pagi dan beberapa petugas bomba terus bergegas ke lokasi kemalangan.

Pemandu kereta Proton Persona dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu kereta jenis Proton Iswara, Chai Kok Chong didapati telah tersepit dan mengalami kecederaan serius, diikuti Lai Mei Hwa pemandu kereta Perodua Kancil hanya cedera ringan. Walau bagaimanapun, pembonceng dan penunggang motosikal yang turut terbabit dalam kemalangan itu sehingga kini belum dikenalpasti.

Susulan kejadian akan dikemaskini.












No comments

Powered by Blogger.