Header Ads

Video Lelaki Berambut 'Dreadlocks' Sedang Jadi Imam Tular Di Media Sosial Dipuji Netizen

Penampilan seseorang belum tentu dapat mencerminkan keperibadian seseorang walaupun seseorang itu kelihatan seperti tidak terurus tetapi tiada siapa yang tahu dalam dirinya ada sesuatu yang lebih baik dari kita semua.

Sofyan Alop
Mungkin ramai yang memandang negatif dengan penampilannya tetapi sesuatu yang luar biasa telah berlaku yang membuktikan dirinya adalah antara yang terbaik di kalangan kita.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sofyan Alop, apabila rakaman video yang menunjukkan dirinya berambut 'dreadlock' sedang mengimamkan solat Maghrib ketika berada di sebuah surau yang dipercayai di Jakarta.

Rakaman video tersebut membuktikan bahawa Sofyan mempunyai suara yang merdu ketika mengalunkan berbagai bacaan ayat suci Al-Quran yang telah menarik perhatian netizen sehinggakan berkongsi tentang berita baik ini di laman sosial.

Rakaman video yang berdurasi selama 2 minit tersebut jadi tular selepas netizen berpendapat bahawa perwatakan pemuda berkenaan dikatakan sangat kontra dengan penampilannya yang turut dikaitkan dengan penyanyi reggae.


Lelaki tersebut yang lebih senang dikenali sebagai Sofyan Alop telah dirakamkan oleh seseorang yang berada di surau tersebut lalu memuat naikkan ke laman sosial sebelum dikongsi oleh puluhan ribu netizen dan jadi viral serta tersebar dengan cepatnya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.