Header Ads

(VIDEO) Letak Duit Syiling Di Kaki Mangsa, Ketika Mangsa Kutip Syiling, Ketika Itulah Pencuri Mencuri Telefon Tanpa Disedari


Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai seorang pencuri yang mencuri telefon milik salah seorang pelanggan di sebuah kafe siber jadi tular di media sosial.

Kejadian itu dikatakan telah dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kafe siber Orange Cyber Cafe Wangsa Maju yang terletak berhadapan dengan Plaza Idaman Gombak.

Rakaman video berkenaan telah dimuat naik melalui laman sosial Facebook milik Sir Azri yang menunjukkan dengan jelas seorang lelaki mengambil telefon bimbit milik seorang pelanggan lelaki yang sedang leka dengan komputer di hadapannya tanpa menyedari pergerakan suspek yang mencuri.


Pencuri itu juga mempunyai modus operandi yang tersendiri iaitu dengan meletakkan syiling terlebih dahulu berdekatan dengan kaki mangsanya dan kemudian pencuri itu akan menegur mangsa serta memberitahu kepada mangsa bahawa duit syiling kita itu jatuh. Kemudian, ketika mangsa mengutip duit syiling itulah, pencuri akan mencuri telefon bimbit milik mangsa yang berada di atas meja tanpa disedari mangsa.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ini masing-masing mengecam tindakan si pencuri dan juga seorang lelaki yang berada di sebelah mangsa kerana lelaki terbabit jelas dapat dilihat yang dia menyedari akan si pencuri itu mengambil telefon mangsa, namun beliau dilihat tidak berbuat apa-apa.

Ekoran netizen mengecam dan menyalahkan lelaki yang berada di sebelah mangsa itu kerana tidak bertindak di atas kejadian berkenaan, beliau kini tampil memperjelaskan keadaan sebenar mengapa dia tidak berbuat apa-apa.

Menurut lelaki itu, pada mulanya dia memikirkan si pencuri adalah rakan kepada mangsa kerana ketika si pencuri mencuri telefon mangsa, tindakan pencuri itu sangat bersahaja seolah-olah mangsa itu rakan baiknya dan meminjam telefon mangsa. Berikutnya adalah penjelasan sebenar lelaki terbabit.


Setelah tersebarnya rakaman video berkenaan, segelintir netizen turut menyatakan bahawa kes tersebut telah pun selesai dan pencuri telah ditangkap serta dikenakan hukuman di atas perbuatannya itu. Namun, tiada sebarang kesahihan dan pengesahan.


Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di tempat awam. Penjenayah dan pencuri pada zaman ini mempunyai taktik mereka yang tersendiri sehinggakan trik mereka itu langsung tidak dapat disedari oleh orang ramai. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.