Header Ads

Video Pembantu Rumah Diraba Dipeluk Oleh Majikannya Di Dapur Jadi Tular, Netizen Desak Kerajaan Ambil Tindakan


Dua rakaman video yang dipercayai seorang pembantu rumah yang berdepan dengan gangguan seksual dari majikannya seorang warga Arab Saudi jadi perbualan hangat di media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook milik Tulfo News itu memaparkan pembantu rumah yang dipercayai warga Filipina itu sedang melakukan kerjanya di bahagian dapur sebuah rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang dikatakan majikannya.

Secara tiba-tiba lelaki terbabit dilihat memegang kepala dan turut meraba wanita itu dari belakang malah memeluknya sebelum wanita terbabit seolah-olah berkata sesuatu seperti meminta majikannya itu tidak berbuat sedemikian terhadapnya.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata diantara mereka mengecam tindakan lelaki berkenaan yang berpakaian kemas dan yang tidak diketahui identitinya.




Netizen turut menggesa pihak kerajaan Filipina dengan segera mengambil tindakan dan membuat siasatan berhubung dengan kejadian berkenaan.

Kes ini juga turut mendapat jutaan tontonan dan puluhan perkongsian yang membuktikan bahawa pengguna media sosial begitu memandang serius tentang kes ini yang harus diberikan keadilan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.