Header Ads

(VIDEO) Penyamun Pecah Rumah Guna Garpu Umpil Tingkap Rumah Di Ampang Sehingga Kini Belum Ditangkap


Kes jenayah pecah rumah semakin menjadi-jadi pada ketika ini dan perkara ini pastinya amat menakutkan semua pemilik rumah yang kini tidak lagi merasa aman apabila ingin meninggalkan kediaman.

Terbaru, daerah Ampang Jaya dilaporkan telah menjadi sasaran terbaru penjenayah apabila satu kejadian telah berlaku dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki dengan menggunakan garpu sahaja sebagai alat untuk pecah rumah.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 5.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian seorang mangsa yang berusia 30-an berjumlah lebih dari RM25,000 setelah kediaman miliknya dipecah masuk oleh penjenayah.


Menurut pihak polis, penjenayah terbabit telah memecah masuk di sebuah rumah di Lembah Jaya, Ampang dan kejadian itu juga turutkan dirakamkan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan diletakkan di rumah jiran mangsa.

Melalui rakaman video yang dimuat naik oleh Aman Amiruddin itu jelas kelihatan penjenayah hanya menggunakan garpu untuk mencungkil tingkap rumah mangsa dan suspek didapati berjaya memasuki rumah berkenaan dalam masa 10 minit sahaja tanpa sebarang masalah.


Hasil siasatan polis, suspek dipercayai telah menyamun rumah berkenaan dengan melarikan dua buah telefon bimbit dan satu komputer riba milik mangsa. Ekoran kejadian itu mangsa dengan segera membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Sehingga kini, penjenayah terbabit masih lagi bebas dan belum ditangkap. Pihak polis sedang melakukan siasatan dan turut mengenal pasti suspek si pelaku perbuatan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga serta perlu memberi perhatian penuh di atas kediaman masing-masing. Berkemungkinan perkara yang sama akan berulang memandangkan suspek masih lagi gagal dikesan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.