Header Ads

(VIDEO) Remaja Perempuan Kadet Bomba & Kadet Polis Bergaduh Di Tepi Jalan Kerana Rebut Teman Lelaki Jadi Tular


Kes remaja perempuan yang bergaduh kerana berebutkan lelaki bukan lagi perkara baru dan kes sebegini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini yang menimbulkan kebimbangan semua ibu bapa.

Satu kes terbaru yang kini sedang tular di media sosial selepas dimuat naik ke laman sosial. Rakaman video berkenaan menunjukkan sekumpulan remaja perempuan yang dipercayai masih bersekolah berdasarkan pakaian seragam yang dipakai mereka kelihatan sedang bergaduh kerana tidak berpuas hati dan dikatakan berebut seorang lelaki.

Melalui rakaman itu, beberapa remaja perempuan dilihat sedang bertengkar dan secara tiba-tiba seorang remaja perempuan yang memakai baju biru gelap dipercayai ahli Kadet Polis telah menampar remaja perempuan yang memakai pakaian seragam Kadet Bomba.


Segelintir netizen yang melihat rakaman ini turut menasihatkan semua remaja perempuan yang berkira-kira ingin merebut teman lelaki diminta melupakan sahaja hasrat mereka itu kerana semua itu tidak mendatangkan sebarang hasil yang lumayan dan lebih baik menumpukan perhatian kepada pelajaran memandangkan ilmu yang menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan.



Orang ramai terutamanya ibu bapa harus memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka dan turut mengambil tahu tentang aktiviti-aktiviti anak-anak agar perkara seperti ini boleh dielakkan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.