Header Ads

(VIDEO) Sekumpulan Lelaki Cari Sesuatu Yang Misteri Dalam Sungai Mengalir Deras Jadi Tanda Tanya Orang Ramai


Satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang mengerumuni sesuatu di tepi sungai sambil salah seorang daripada mereka seperti cuba untuk mendapatkan sesuatu yang tenggelam di dasar air sungai yang mengalir deras itu menjadi tanda tanya netizen selepas tersebarnya video berkenaan.

Melalui rakaman video berkenaan kelihatan orang ramai mendekati sekumpulan lelaki yang cuba mengambil sesuatu dari dasar sungai tersebut dan kebanyakan mereka tertanya-tanya apakah yang mereka sedang lakukan.

Beberapa ketika seorang lelaki dilihat telah mencampakkan tali kepada lelaki yang bertindak mencari sesuatu yang misteri yang berada dalam sungai itu.

Kemudiannya, mereka dilihat menarik secara beramai-ramai tali yang diikat pada 'benda' yang terdapat di dasar sungai berkenaan.


Tanpa disangka setelah mereka bersusah payah menarik 'benda' berkenaan, tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dipercayai jenis Honda bersama sampah sarap yang melekat di beberapa bahagian motosikal tersebut.

Rakaman ini juga dianggap melucukan oleh segelintir netizen apabila setiap orang harus menontonnya sehingga tamat untuk mengetahui apakah yang berlaku selanjutnya malah video ini juga telah tersebar sehinggakan mendapat puluhan ribu perkongsian selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah perkara ini terjadi dan di manakah ianya berlaku. - www.koleksiviral.com


No comments

Powered by Blogger.