Header Ads

(VIDEO) Tiga Lelaki Tidak Berpuas Hati Serang Penguatkuasa Ala Samseng Guna Pedang Samurai


KOTA BHARU - Ekoran berang tindakan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang dikatakan menyita peralatan menghisap shisha, tiga lelaki dipercayai menyerang mereka dengan menggunakan pedang samurai dan juga parang semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, tiga lelaki terbabit didapati telah merosakkan dua buah kenderaan MPKB-BRI yang digunakan dalam menjalankan operasi membanteras penjualan shisha itu di Persimpangan Paya Rambai, Jalan Bayam.

Malah mereka turut merosakkan tingkap rumah yang dipercayai milik Ketua Unit Operasi MPKB-BRI, Mohd Halimi Md. Salleh di Berek 12 di mana berhampiran dengan lokasi Serbian Shisha berkenaan.

Gelagat ketiga-tiga suspek turut berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis berkenaan.

Melalui rakaman video berkenaan didapati salah seorang dari suspek telah bertemu dengan Mohd Halimi untuk memberikan amaran agar tidak membuat sebarang gangguan terhadap perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit dikatakan tidak mampu mengawal kemarahannya lalu bertindak sesuka hati dengan menyerang pegawai berkenaan.


Menurut Mohd Halimi, ketiga-tiga mereka dipercayai tidak berpuas hati apabila premis perniagaan mereka yang menjalankan perniagaan menjual shisha telah diserbu dan turut dirampas beberapa peralatan oleh pihak penguatkuasa.

Mohd Halimi menambah, mereka mencari saya untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu perniagaan shisha mereka yang menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan, katanya.





Sumber gambar dari Facebook.

No comments

Powered by Blogger.