Header Ads

(VIDEO) Wanita Ini Hairan Bra Miliknya Berbau Busuk, Akhirnya Dia Temui Sesuatu Yang Amat Mengejutkan


Coli atau pakaian dalam wanita adalah menjadi sesuatu yang wajib dipakai oleh semua golongan wanita untuk menjaga payudara dan juga untuk kebaikan wanita itu sendiri.

Keselesaan dan kesihatan juga sering dititikberatkan oleh ramai wanita dengan aset yang mereka miliki ini. Namun, sesuatu yang amat mengejutkan dikongsi oleh wanita ini yang telah merasa pelik kenapa pakaian dalamnya itu walaupun telah dicuci dan dikeringkan masih lagi berbau busuk seperti ada sesuatu yang mencurigakannya.

Menurut wanita ini, dia turut merasa gatal di bahagian dadanya itu malah ruam halus turut timbul sedangkan pakaian dalamnya itu baru sahaja dicucikan.

Kemudiannya, wanita ini ingin mengetahui apakah yang menyebabkan pakaiannya itu berbau dan turut memotong pakaian dalam itu untuk mencari penyebabnya.

Menerusi rakaman video jelas kelihatan wanita ini telah menjumpai sesuatu seperti gel yang telah diselitkan di dalam span bra yang dikatakan bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah di kawasan sekitar payudara.

Tetapi, lebih mengejutkan apabila wanita ini telah menemui sejenis ulat belatung yang didapati telah bersarang di dalam gel yang diletakkan di dalam bra kepunyaannya itu.


Wanita ini turut menasihatkan semua wanita agar sering membasuh pakaian dalam mereka dan wajib memastikan bra itu kering sebelum dipakai. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar 'cup' bra tidak dilipatkan ketika membasuhnya, ini kerana dengan lipatan akan menyebabkan gel yang diletakkan itu akan menjadi pecah atau pun rosak, jelasnya. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.