Header Ads

(VIDEO) Wanita Mengaku Telah Melahirkan Seekor Biawak Yang Diberi Nama Sebagai Mansur & Kembarnya Masrianty


Sejak semalam satu rakaman video yang amat mengejutkan apabila seorang wanita Indonesia sedang mendukung seekor biawak dan mengaku bahawa dia telah melahirkan biawak tersebut jadi tular di media sosial.

Wanita terbabit dikenali sebagai Seha Norma Rasid dari Kelurahan Tobulung, Kecamatan Bara, Kota Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia itu telah membuat pengakuan bahawa beliau telah melahirkan biawak yang diberikan nama sebagai Mansur.

Menurut Tribun News, Mansur diberikan layanan seperti seorang manusia apabila ketika tidur ia akan diselimutkan, dimandikan malahan setelah dimandikan Mansur dipakaikan bedak dan juga minyak wangi.

Mansur diberikan telur sebagai makanan utamanya dan Mansur juga dikatakan mempunyai rasa marah dan turut merengek seperti seorang bayi. Seha juga memberitahu bahawa beliau berkomunikasi dengan Mansur menggunakan bahasa isyarat yang dipercayai difahami oleh Mansur.

Menurut Seha, Mansur mempunyai seorang kembar yang bernama Masrianty dan biawak terbabit dikatakan telah dilahirkan oleh Seha pada 22 November 1989.


Menurut Seha lagi, dia tidak mempedulikan apa saja tanggapan orang ramai dengan pengakuannya itu, setiap orang mempunyai keyakinan masing-masing, katanya.

No comments

Powered by Blogger.