Header Ads

(VIDEO) Wanita Ditahan Polis Siar Secara Langsung Mayat Adik Ketika Kemalangan Ngeri Di Media Sosial


CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita tergamak merakam video secara langsung keadaan mayat adiknya sendiri ketika baru sahaja ditimpa kemalangan dan memuat naik rakaman tersebut ke laman sosial Instagram.

Wanita terbabit yang bernama Obdulia Sanchez, 18, kini ditahan polis di atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah ketika dalam kejadian berkenaan Jumaat lalu.

Menerusi rakaman video yang jadi tular di laman sosial itu, Obdulia dilihat merakam dirinya yang sedang memandu dan membawa bersama adiknya, Jacqueline Sanchez, 14, sebelum kenderaannya itu terbalik.

Akibat tidak memakai tali pinggang keledar Jacqueline dilaporkan telah tercampak keluar dari kenderaan dan telah mengalami kecederaan teruk di bahagian kepalanya lalu meninggal dunia lokasi kemalangan.




Difahamkan, Obdulia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan turut merakamkan video yang memaparkan mayat adiknya sendiri dan memuat naik video berkenaan ke laman sosial Instagram secara langsung.

Malah, Obdulia dilihat telah 'menggoncang' mayat adiknya yang pada ketika itu kepalanya didapati terbelah sambil memintanya 'bangun' dan turut meminta maaf di atas apa yang telah berlaku.

Manakala, seorang lagi penumpang yang dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun, suara penumpang terbabit sedang menangis dapat didengari menerusi rakaman video berkenaan malah penumpang itu meminta agar Obdulia memberhentikan dengan segera tindakan bodohnya itu.


Walau bagaimanapun, selepas video yang dirakamkan oleh Obdulia, seorang netizen yang telah menyaksikan video berkenaan telah merakamnya semula sebelum memberikan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Obdulia kini telah ditahan polis di atas tindakannya itu setelah ahli keluarganya membuat pengesahan bahawa vidoe terbabit telah dirakamkan oleh Obdulia.



Obdulia berhadapan dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat (manslaughter) ketika memandu dibawah pengaruh dadah dan alkohol (DUI).

Sumber: Sinar Harian & Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.