Header Ads

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Seorang Lelaki Sanggup Tunggu Di Kedai Dobi Untuk Mencuri Dan Mencium Pakaian Dalam Wanita


Kedai dobi pada zaman sekarang memang sangat banyak dan tumbuh umpama cendawan hidup selepas hujan. Adanya kedai dobi sebegini akan lebih memudahkan kepada semua terutama ke[ada golongan pelajar universiti dan kolej yang ingin mencuci pakaian dan apa saja yang berkaitan. Yang lebih menarik, kedai dobi juga dikatakan sentiasa dibuka setiap masa tanpa henti selama 24 jam sehari.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah lokasi kedai dobi juga mempunyai risiko tertentu yang memberhayakan pelanggan. Itulah yang dikongsikan oleh salah seorang pelanggan dobi yang dikenali sebagai Nur Izzati yang menceritakan pengalamannya bagaimana dia menghadapi satu peristiwa yang mengejutkan ramai dan kini sedang tular di media sosial.


Oleh: Nur Izzati

Perempuan sila baca! Hari ini aku tergerak hati nak basuh baju kat dobi. Aku sampai je di kedai dobi, seorang pakcik yang berbaju merah itu dah ada duduk di kerusinya sambil membaca surat khabar.

Ketika itu aku langsung tidak mengesyaki apa-apa, sebabnya aku fikirkan dia sedang membasuh baju saja. Masa aku basuh baju ada juga 2, 3 orang yang sedang membasuh baju sekali dengan aku. Tapi aku duduk je kat mesin aku basuh tu, yang lain isi baju terus beredar dari situ.

Selang satu jam aku perasan pakcik tu buka 1 per 1 mesin pengering dan selongkar seperti mencari sesuatu. Sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan. Betul ah pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan.

Aku tunggu hampir sejam walaupun baju aku dah siap awal. Pakcik tu selongkar, cium bau selepas itu lipat simpan dalam satu beg. Banyak dia ambik hampir 10 helai pakaian dlaam perempuan. Aku nmasih tunggu sehingga dia dah habis buat kerjanya, selepas itu aku pergi dari situ.

Nasib aku perasan 1 keluarga ni punya baju kat dobi. Aku cerita dari awal sampai akhir. Pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video, ada abang tu pergi sebab pakaian dalam bini dia kena ambik.

Lepas tu memang betul dia ambik sebab dah check beg tu ada pakaian dalam isteri dia, gelabah beruk pakcik tu minta maaf. Katanya dia nak ganti rugi.

So, untuk kaum perempuan mahupun keluarga yang basuh baju di kedai dobi. sila tunggu sehingga habis selesai basuh.

Takut takut ada lelaki yang gila seks sanggup geledah orang punya. Take a note guys. Terima kasih.


Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika berkunjung ke kedai dobi seperti ini. Anda disarankan agar menunggu pakaian yang dibasuh sehingga selesai untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku.

No comments

Powered by Blogger.