Header Ads

Wanita Ini Mendakwa Seorang Guru Menumbuk Kepala Anaknya Yang Berusia 9 Tahun Sehingga Loya & Pening Di Putrajaya

PUTRAJAYA - Seorang wanita ibu kepada kanak-kanak berusia 9 tahun mendakwa anak lelakinya seorang murid sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya telah ditumbuk gurunya sehingga menyebabkan anaknya itu rasa loya dan pening, malah turut takut pergi ke sekolah.

Foto FMT
Memetik laporan Free Malaysia Today, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, kejadian itu telah berlaku pada Selasa lalu ketika anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk guru terbabit apabila didapati salah menjawab soalan bagi subjek bahasa Inggeris.

Menurut wanita itu, guru berkenaan dipercayai telah menumbuk di bahagian kepala anaknya yang mengakibatkan anaknya itu terjatuh ke belakang manakala bahagian pinggang kanak-kanak lelaki itu dikatakan terkena pada bahagian bucu meja di dalam kelas.

Menurut Syheerah lagi, dia merasa terkilan kerana anaknya diperlakukan sebegitu dan turut menemui guru besar sekolah berkenaan serta turut diberitahu akan membuat pemantauan terhadap anaknya dan guru terbabit, namun tiada sebarang tindakan yang diberikan kepada guru itu sebaliknya anaknya diberikan kaunseling, katanya.

Hasil pemeriksaan doktor telah mendapati Adam Mikhael Mubashir telah mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak kanak-kanak terbabit.

Ekoran kejadian itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan trauma dan turut menjadi takut untuk pergi ke sekolah bagi menyambung pelajarannya setiap hari.

Menurut wanita itu lagi, guru besar ada memaklumkan bahawa memindahkan guru terbabit ke kelas yang lain dan tidak akan mengajar anaknya itu tetapi masih satu sekolah, kerana pada waktu rehat akan berjumpa juga guru berkenaan, ujar Syaheerah.

Foto FMT
Adam Mikhael turut berpesan kepada ibunya jangan memberitahu tentang kejadian kepada pihak sekolah kerana takut dengan guru terbabit, jelasnya.

Akibat bimbang akan keselamatan anak lelakinya itu, Syaheerah telah membuat laporan polis di IPD Putrajaya pada Jumaat lalu.


Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat wanita itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan sehingga kini kes berkenaan masih lagi dalam siasatan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.