Header Ads

Akibat Prestasi Kerja Tidak Memuaskan, Syarikat Denda Pekerja Minum Air Tandas Yang Menjijikkan


Mungkin anda tidak pernah terfikir hukuman yang dikenakan oleh sebuah syarikat ini terhadap pekerjanya apabila disuruh meminum air dari lubang tandas kerana mutu kerja yang diberikan tidak memuaskan hati syarikat.

Itulah yang berlaku kepada kedua-dua pekerja di sebuah syarikat di China. Rakaman video yang dimuat naik oleh laman Facebook Shanghaiist itu telah tersebar dan menarik perhatian netizen yang turut mengecam tindakan syarikat itu yang dikatakan terlalu kejam.

Melalui rakaman video tersebut dapat dilihat seorang lelaki menceduk air dari lubang tandas dan meminumnya dengan secara terpaksa manakala wanita terbabit seperti tidak mahu meneruskan untuk meminum air yang menjijikkan itu.


Difahamkan, kedua-dua pekerja itu berkerja di sebuah syarikat studi fotografi di daerah Sichuan, China dan mereka dikenakan hukuman demikian kerana prestasi kerja yang diberikan dikatakan tidak memuaskan malah wanita terbabit turut mengalami cirit birit selepas meminum air kotoran berkenaan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.