Header Ads

Bomoh Ditahan Polis Kerana Merogol Remaja 20 Tahun Ketika Melakukan 'Rawatan'

Bomoh atau perubatan tradisional sememangnya amat dikenali dalam masyarakat Melayu, malah ianya seringkali dijadikan sebagai pilihan alternatif dalam perubatan. Tidak dapat disangkalkan lagi perubatan sebegini adakalanya begitu berkesan dan mujarab setelah pesakit didapati sihat selepas dirawat oleh bomoh sebenar.

Walau bagaimanapun, masih lagi ada bomoh palsu yang berpura-pura mahir dalam perubatan sedemikian sehinggakan mengambil kesempatan terhadap pesakit yang menaruh segala kepercayaan sewaktu dalam rawatan.

Gambar hiasan
Inilah yang telah berlaku di Sibu, Sarawak, pada beberapa hari lalu. Menurut laporan The Star, seorang lelaki yang dipercayai bomoh yang berusia 29 tahun, dikatakan telah merogol seorang pesakitnya iaitu remaja perempuan ketika sedang menerima rawatan daripadanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu, ibu kepada remaja terbabit dikatakan telah menghubungi bomoh tersebut untuk membuat temujanji dengan menyatakan kedatangan mereka ke rumah bomoh tersebut bagi mendapatkan rawatan selepas anak perempuannya itu mengadu sakit perut.

Difahamkan, si ibu juga pernah mendapatkan rawatan sewaktu sakit badan daripada bomoh terbabit sebelum ini dan begitu mempercayai kepakaran bomoh tersebut sehingga ingin membawa anaknya kepada bomoh yang sama.

Menurut laporan, 'rawatan' tersebut telah dijalankan di dalam sebuah bilik sambil ditemani makcik dan ibunya. Bomoh tersebut dikatakan telah mengurut perut remaja berkenaan dan kemudiannya dilihat telah memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja yang berusia 20 tahun itu. Selepas itu, bomoh tersebut memberitahu kepada si ibu bahawa remaja terbabit tidak lagi mempunyai dara.

Gambar hiasan
Bomoh berkenaan kemudiannya mengarahkan remaja perempuan itu memasuki ke dalam bilik bagi tujuan mandi. Gadis tersebut dikatakan menolak arahan itu pada mulanya tetapi oleh disebabkan takut kepada ibunya, dia akhirnya akur dengan arahan tersebut. Bomoh terbabit dikatakan telah memuaskan nafsunya dengan merogol remaja perempuan tersebut di dalam bilik air.

Ekoran perbuatan bodoh bomoh tersebut, dia akhirnya ditahan polis ketika sedang menjual sayur-sayuran di Tatau di daerah Sibu, manakala remaja perempuan tersebut kini menerima rawatan di Hospital Sibu.

Menjijikkan seorang bomoh berbuat demikian terhadap pesakitnya. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika ingin mendapatkan rawatan seperti bomoh tersebut supaya kejadian yang sama tidak lagi berulang. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.