Header Ads

Cara Simpan Sayur Supaya Lebih Tahan Lama & Tetap Segar Berminggu-Minggu


Sayur-sayuran adalah sangat penting dalam kehidupan dan pemakanan manusia. Tetapi bagaimanakah cara untuk mengekalkan setiap kesegaran sayur-sayuran itu? Biasanya selepas kita membeli sayur di pasar, pastinya anda terus menyimpannya di dalam peti sejuk.

Walau bagaimanapun, tidak semua sayur sayuran yang boleh disimpan di dalam peti sejuk seperti yang biasa kita semua lakukan sebelum ini. Setiap sayuran mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kesegarannya. Terdapat beberapa cara yang begitu mudah dan berkesan untuk memaksimakan kesegaran setiap sayur-sayuran.


Tips Sayur Tahan Lama & Kekal Segar



Tips yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Syikin Miskam ini sangat berkesan untuk mengekalkan kesegaran sayur yang dilakukannya di rumah biarpun disimpan di dalam peti sejuk lebih daripada 10 hari.

Menurutnya, cara simpan sayur yang dikongsikan selepas seminggu atau 2 minggu sekali sahaja di pergi ke pasar untuk membeli barangan basah dan dia menggunakan cara ini dengan mudah apabila sayur yang disimpannya tetap segar berminggu-minggu.


1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10 minit.

2. Toskan selama beberapa minit.

3. Rendamkan semula sayur ke dalam air sahaja tanpa garam selama 5 minit sahaja.

4. Toskan lagi sehingga air menghilang dari sayur. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Siap.


Cara ini begitu mudah dan sangat senang untuk dibuat di rumah selain turut menjimatkan masa dan duit apabila tidak lagi perlu pergi ke kedai untuk membeli sayur setiap hari.

Selamat mencuba!

www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.