Header Ads

Doktor Palsu Menyamar Buat Panggilan Pada Ibu Mengandung & Arahkan Mangsa Lakukan Perbuatan Lucah


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai mengaku sebagai seorang doktor telah meminta mangsanya melakukan perbuatan lucah menerusi panggilan telefon bagi memuaskan nafsunya pada bulan lalu di Besut.

Tiga wanita didapati telah menjadi mangsanya iaitu seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai seorang pakar perubatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G). Suspek dikenali sebagai Dr Haji Abu Bakar yang menghubungi mangsa-mangsanya serta menipu mangsanya supaya mengikut segala arahannya.

Antara perbuatan lucah yang diarahkan suspek seperti meminta mangsa memegang alat sulit, mengurut payudara malah turut menyuruh mengeluarkan bunyi dengan alasan sebagai cara untuk mengubati penyakit yag dihidapi mangsa.

Menurut laporan Sinar Harian,  Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, ketiga-tiga mangsa tidak menyedari ditipu kerana maklumat diberikan lelaki itu mengenai mangsa adalah betul.

“Ini kerana lelaki ini telah menyamar sebagai pakar dari Hospital Besut menghubungi sebuah klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Besut meminta maklumat 12 ibu mengandung anak sulung kononnya untuk dibuat kajian.

“Jururawat bertugas telah memberikan butiran lengkap  12 ibu sebagaimana diminta tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.


Bagaimanapun kata beliau, selepas itu jururawat terbabit berasa curiga lalu menghubungi Hospital Besut bertanyakan mengenai  pakar berkenaan namun dimaklumkan tiada pegawai perubatan bernama Dr Haji Abu Bakar di sana.

Selepas mendapat pengesahan, pihaknya terus memberi peringatan kepada 12 wanita yang terlibat namun tiga daripada mereka sudah menjadi mangsa doktor gila seks terbabit.

Ekoran kes berkenaan kakitangan klinik tersebut dilaporkan telah membuat laporan polis pada 18 Julai lalu manakala nombor telefon yang digunakan lelaki terbabit didapati gagal dihubungi.

Disebabkan kejadian yang telah berlaku itu, JKNT dikatakan telah mengeluarkan satu pekeliling larangan pemberian sebarang maklumat mengenai pesakit menerusi panggilan telefon kepada semua hospital dan klinik kesihatan di negeri Terengganu.

“Saya juga memohon mana-mana pesakit yang pernah mendapat panggilan seperti ini agar tampil membuat pengesahan dan laporan dengan kita dan juga laporan polis,” ujarnya.

Menurut Dr Mohammad lagi, kes tersebut merupakan kes yang ketiga penipuan seumpama ini berlaku selepas tahun 2010 dan 2013 yang mana doktor palsu gila seks itu menggunakan modus operandi sama.

Orang ramai terutamanya ibu-ibu mengandung dinasihatkan agar selalu berhati-hati dan tidak melayani sebarang panggilan yang meminta maklumat kesihatan dari orang yang tidak kenali atau lelaki yang menyamar sebagai doktor. - Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.