Header Ads

Gara-Gara Ingin Berpoligami, Isteri Tetak Suami Sehingga Cedera Parah

KOTA BHARU - Gara-gara ingin berpoligami, seorang lelaki yang berusia 55 tahun telah ditetak oleh isterinya sendiri menggunakan pisau pemotong sayur sewaktu kejadian di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama pada Khamis lalu.

Mangsa yang cedera. - Berita Harian
Dalam kejadian pada jam 1 petang itu, mangsa yang telah menerima 15 jahitan di tetak di bahagian kepala, dahi kanan dan lengan kanan yang telah menyebabkan kecederaan sehingga memerlukan rawatan.

Kejadian itu telah jadi tular di media sosial apabila tersebarnya sekeping gambar seorang lelaki yang cedera akibat ditetak kerana ingin berkahwin dua sehingga mendapat berbagai reaksi netizen, lapor Berita Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.

Menurut sumber yang didapati daripada perbualan seseorang melalui aplikasi Whatsapp, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang baring dan meminta isterinya mengambilkan bantal namun, si isteri pergi ke dapur untuk mendapatkan pisau pemotong sayur.

Tindakan si isteri amat mengejutkan suaminya itu sehingga terpaksa melarikan diri dari rumah kerana bimbang sesuatu yang buruk akan terus berlaku.

Berikutnya perbualan dari aplikasi Whatsapp dari seseorang yang dipercayai saksi yang mengetahui akan jalan cerita kes kejadian.




Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, si isteri dikatakan telah mengajak si suami pergi ke rumah anak mereka untuk melawat cucunya. Tetapi si suami memaklumkan bahawa dia mempunyai urusan lain yang harus dilakukan sebelum menghantar isterinya itu ke rumah anak mereka dan berlalu pergi untuk menemui kekasihnya itu.

Si isteri mengesyaki sesuatu yang telah berlaku dan meminjamkan motosikal milik anaknya bagi mengekori suaminya itu. Namun, apa yang dikatakannya selama ini semuanya benar belaka apabila dia mendapati suaminya sedang berada di sebuah kedai makan bersama wanita lain.

Disebabkan perkara itulah yang menyebabkan si isteri bertindak di luar dugaan sehingga menyebabkan kecederaan parah suaminya sendiri.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan telah berbaik semula dan tiada laporan polis yang dilakukan. -www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.