Header Ads

Kecoh Ada Lagi Rakyat Malaysia Dikatakan 'Buat Hal' Yang Memalukan Di Jepun

Kecoh di laman sosial hari ini apabila dikejutkan dengan satu kes yang terbaru dipercayai membabitkan rakyat Malaysia sekali lagi yang dikatakan 'buat hal' di negara matahari terbit itu, Jepun.


Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan satu berita yang melibat 3 remaja Malaysia yang dipercayai telah mencemarkan nama negara selepas dikatakan mengasari  seorang pekerja serta merosakkan kemudahan di sebuah rumah tumpangan yang diduduk oleh remaja terbabit di daerah Osaka.

Namun, pada kali ini, kejadian yang hampir sama telah berlaku di ruang solat bagi kegunaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dipercayai menjadi 'mangsa' terkini kepada sikap tidak prihatin rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara tersebut.

Melalui satu perkongsian di Facebook yang dikongsikan oleh Tok Sheikh menyatakan kejadian tersebut telah berlaku pada Jumaat yang memaparkan dua wanita yang dikatakan rakyat Malaysia sedang lena diulit mimpi di ruang tersebut.


Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan Tok Sheikh menunjukkan beberapa helai pakaian yang basah disidai di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan di ruang bersaiz kecil tersebut, malahan beberapa beberapa bagai turut kelihatan yang diletakkan di ruangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, papan tanda yang ditetapkan oleh pihak pengurusan yang melarang orang ramai berbuat sedemikian turut terpampang jelas kelihatan dan tindakan tersebut dilihat turut mengganggu keselesaan pengguna-pengguna lain.


Memetik laporan Mstar, Tok sheikh yang kini berada di Jepun sewaktu dihubungi mStar online berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu ketika bertemu dengan rakyat Malaysia yang singgah makan di sebuah restoran halal di sana.



"Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.

"Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan," katanya.

Menurut Tok Sheikh yang bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan dan sering berulang-alik ke negara itu, dia berasa amat kesal dengan sikap dan perbuatan sebahagian rakyat Malaysia yang sering menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.


"Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.

"Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara.

"Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya yang sering ke Jepun sejak 2014.

Adalah amat memalukan apabila perkara sebegini masih lagi terjadi selepas berlakunya perkara yang hampir serupa di negara matahari terbit itu. Sedikit sebanyak kes ini pastinya akan mencemarkan nama negara Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.