Header Ads

Kereta Diletakkan Atas Bumbung Sebagai Pengajaran Kepada Pemandu Wanita Yang Degil Tidak Bayar Kos Parking


Sebuah syarikat pengurusan harta telah mengejutkan ramai netizen apabila menggunakan cara yang amat luar biasa bagi 'mengajar' seorang pemandu yang masih berdegil untuk membuat pembayaran parkir di timur laut China, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian yang berlaku di Benxi, wilayah Liaoning itu, pemandu kereta terbabit dikatakan enggan membuat pembayaran parkir apabila seorang pengawal keselamatan memintanya berbuat demikian sepertimana semua pemandu kereta lakukan sekiranya ingin memarkir kereta di situ.

Walau bagaimanapun, pemandu wanita tersebut dilihat telah bertengkar dengan pengawal keselamatan berkenaan dan kemudiannya tanpa rasa bersalah dia meninggalkan keretanya itu di luar pondok keselamatan dan beredar dari lokasi kejadian.

Ekoran tindakan wanita itu, laluan masuk didapati terhalang kerana keretanya yang menyebabkan kesukaran kenderaan lain yang ingin memasuki ke kawasan berkenaan, lapor News Youth & Sydney Today.







Menurut Mstar, akibat berang dengan tindakan pemandu wanita terbabit, pihak pengurusan kawasan tersebut dipercayai telah mengupah sebuah tren untuk mengangkat kereta wanita tersebut serta meletakkan kereta berkenaan di atas bumbung di pondok keselamatan dengan niat sebagai pengajaran kepada pemandu yang sombong itu.

Pemandu wanita berserta dengan wakil dari syarikat pengurusan tersebut dikatakan telah menyelesaikan pertelingkahan tersebut di sebuah balai polis berdekatan.

Selepas perkara itu dibincangkan dengan penyelesaian yang baik, akhirnya kereta wanita terbabit diturunkan semula, namun tidak dapat dipastikan sama ada wanita terbabit telah membayar kos parkir tersebut.  - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.