Header Ads

Lelaki Kecewa Kongsi Rasa Terkilan Selepas Anak Tidak Ditawarkan Tempat Duduk Dalam Komuter Dikecam Netizen

Sebagai seorang manusia yang bermasyarakat dan tinggal dalam kumpulan manusia yang lain seharusnya mempunyai kesedaran sivik untuk kebaikan bersama. Di Malaysia, dikatakan masih lagi ramai yang tidak menyedari akan hal ini dan masih tidak dapat mengamalkan sikap toleransi sesama kaum yang membabitkan belas ihsan terhadap mereka yang memerlukan pertolongan di kala kesusahan.

Satu rakaman video yang memaparkan suasana di dalam sebuah tren dipercayai komuter tular di media sosial beberapa hari lalu. Video tersebut dilihat dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang berkongsi rasa terkilannya terhadap segelintir orang ramai yang dikatakan tidak mengambil kisah malah turut tidak menawarkan tempat duduk kepada keluarganya yang mempunyai tiga orang anak.


Kejadian itu dikatakan telah berlaku pada Ahad lalu sewaktu lelaki terbabit bersama isterinya berserta tiga orang anaknya yang berusia dua tahun sehingga 5 tahun yang menaiki perkhidmatan awam komuter dari lokasi di Kuang menuju ke stesen Salak Selatan untuk pulang ke rumahnya di Bandar Sri Permaisuri.

Memetik laporan Mstar, perkongsian yang kelihatan sinis itu telah menjadi perbualan panas netizen yang disifatkan menggambarkan sikap keprihatinan rakyat Malaysia terhadap tiga anak terbabit.

Walau bagaimanapun, perkongsian rakaman video tersebut diikuti dengan beberapa gambar yang dimuat naik ke laman sosial Facebook itu dilihat telah mencetuskan pertikaian serta turut mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Segelintir netizen dilihat berpendapat bahawa lelaki yang bernama Ismail Said itu sepatutnya menyuarakan niatnya untuk mendapatkan tempat duduk untuk anaknya, bukannya bertindak berdiam diri serta merakamkan tentang kejadian tersebut serta turut menghebohkan perkara tersebut di media sosial.

Lelaki yang berusia 37 tahun dan bapa kepada tiga orang anak itu, dilihat turut membuat kenyataan balas kecaman terhadapnya dan berkata orang ramai yang mengetahui tentang kejadian itu tidak seharusnya cepat melatah. Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa perkongsian itu mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada umum.


“Tak perlu meminta, faham sendirilah kalau ada kesedaran sivik, lagipun dah ditulis di situ beri keutamaan tempat duduk kepada golongan yang memerlukan.”

“Mesejnya sangat besar, pengajaran untuk rakyat Malaysia bila naik kenderaan awam jangan pentingkan diri sendiri.”

Difahamkan, salah seorang daripada anaknya dipercayai tidak sihat pada ketika itu, tetapi tidak menangis dan merengek sama sekali. Disebabkan itulah, dia redha dengan keadaan tersebut memandangkan semua tempat duduk kelihatan penuh diduduki semua penumpang.

“Tapi tak lama lepas tu bila saya nampak watak-watak yang duduk tu hanya pandang tiga anak saya berdiri terhoyong-hayang dan ada yang buat-buat tak nampak main phone, terdetik dalam hati ‘kenapa mereka tak faham’.”



Ismail juga turut mengakui bahawa dia mula terfikir untuk merakamkan insiden berkenaan setelah merasa geram tentang situasi tersebut apabila tiada seorang pun yang dilihat untuk bangun menawarkan tempat duduk kepada tiga orang anaknya yang disifatkan lebih memerlukan.

“Saya betul-betul tak sangka, bukankah kalau nampak ibu mengandung, warga emas, orang cacat atau kanak-kanak berdiri dalam kenderaan awam, penumpang yang duduk automatik kena bangun beri tempat duduk, takkan sampai kena minta.”

Sewaktu Ismail ditemubual, dia berkata, niatnya hanya ingin berkongsi dengan rakannya sahaja di media sosial di samping turut mengaku akan sedikit kesilapan yang telah dilakukannya sebelum memuat naik rakaman tersebut diikuti beberapa gambar.

Biarpun, pendedahan Ismail itu mendapat ribuan kecaman, tetapi masih ada segelintir netizen yang turut menyokong serta bersetuju dengan tindakan yang dilakukannya iaitu memuat naik perkongsian tersebut di media sosial untuk menjadikan pengajaran kepada semua golongan masyarakat.


“Tak ada niat nak malukan sesiapa, tapi saya akui saya patut kaburkan watak-watak dalam video tu sebelum muat naik ke media sosial.”

“Mereka boleh kata apa saja tapi saya yang ada di situ dan merasai situasi pada masa itu. Saya cuma harap apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran, rakyat Malaysia (bahawa) kesedaran sivik amat penting, kalau diabaikan, setiap harilah kita akan lihat situasi seperti ini berlaku terang-terangan depan mata,” jelas Ismail lagi mengakhiri perbualannya.

Sehingga kini, ramai yang berpendapat sememangnya amat sukar untuk melihat kesedaran sivik yang terdapat dalam diri rakyat Malaysia. Semoga perkongsian ini akan membuka mata serta memberikan pengajaran kepada kita agar tidak terus mengabaikan kesedaran sivik.

Sekurang-kurangnya menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dengan menegur sikap rakyat Malaysia di masa akan datang. www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.