Header Ads

Nasi Lemak Lobster Bukan Biasa-Biasa Sedap Mengancam Tarik Perhatian Orang Ramai


Berbagai strategi dan cara yang dilakukan oleh pengusaha atau peniaga yang menjual makanan untuk menarik pelanggan agar setiap produk yang dijual laris serta menarik perhatian ramai.

Nasi lemak adalah antara makanan yang kini diberikan berbagai pembaharuan seperti kek nasi lemak, nasi lemak ais krim dan bermacam resepi lagi yang direka dan dicuba agar dapat mencari kelainan.

Terkini, Nasi Lemak Lobster adalah diantara nasi lemak yang mempunyai perbezaan yang lain dari yang lain apabila menu terbaharu ini dikatakan telah meletup dan menarik perhatian orang ramai di Singapura.

Sebuah gerai yang dikenali sebagai Lawa Bintang yang bertanggungjawab memasarkan Nasi Lemak Lobster yang terletak di Tampines, Singapura.




Menurut laporan, gerai dengan menu unik tersebut dikatakan telah lama menjual nasi lemak, namun menu terbaru rekaan mereka sendiri itu adalah yang paling terkenal. Manakan tidak, nasi lemak tersebut bukan sahaja gah pada namanya tetapi turut tidak mengecewakan pelanggan apabila menjamahnya.

Nasi lemak yang kelihatan seperti dijual di hotel ini boleh didapati dari gerai dengan hidangan bersama seekor lobster yang telah disaluti dengan minyak bawang putih dan juga tiga jenis keju yang mempunyai perbezaan sebelum ianya dipanggang.

Resepi rahsia yang dikatakan amat laris ini turut menggunakan berbagai jenis herba untuk mendapatkan rasa yang sebenar dari daging udang galah tersebut.

Nasi lemak biasa yang dihidangkan bersama kacang, telur, timun dan juga sambal ini dijual dengan harga S$22 (RM69) yang amat berpatutan kerana anda akan mendapat dalam setiap hidangan dengan keseluruhan lobster yang dihidangkan.





Walau bagaimanapun, sekiranya anda bukanlah seorang yang meminati lobster, anda juga mempunyai pilihan lain yang mana anda juga boleh mendapatkan nasi lemak dengan hidangan bersama ikan salmon, sotong, udang dan berbagai-bagai jenis lauk lagi yang pastinya ditanggung halal.

Kadar harga bagi setiap jualan bermula dari S$7 (RM22) dan anda boleh mendapatkan semua menu yang dijual di gerai ini yang hanya dibuka sehingga jam 2 petang sahaja sebelum semua menu habis dijual setiap hari.

Sekiranya anda sampai ke Singapura, jangan lupa untuk singgah dan merasai keenakkan Nasi Lemak Lobster di Lawa Bintang yang lain dari yang lain. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.