Header Ads

Pemandu Uber Diraba Penumpang Lelaki Ketika Sedang Memandu


Seorang pemandu Uber e-hailing menceritakan pengalamannya kita membawa penumpang apabila diraba ketika sedang memandu menuju ke destinasi yang diminta penumpang lelaki berkenaan.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu terbabit Syed Rosli Syed Harman memberitahu kepada The Malay Mail, pada ketika itu beliau mengambil penumpang berkenaan di Jalan Klang Lama untuk menuju ke sebuah kondominium di Sri Petaling.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangkan sewaktu dalam perjalan itu, tangan penumpang lelaki berkenaan yang berada di tempat duduk penumpang depan dikatakan menjalar, meraba dan menyentuh alat sulitnya.

Walau bagaimanapun, menurutnya, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan menghadapinya dengan tenang kerana merasa bimbang sekiranya penumpang berkenaan mempunyai senjata.


Menurut Syed Rosli lagi, dia tetap meneruskan perjalan itu menuju ke destinasi yang ditujui dan kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada Uber.

Syed Rosli turut menunjukkan rakaman video ketika kejadian itu berlaku sebagai bukti yang mana rakaman tersebut didapati daripada kamera yang dipasangkan di dalam keretanya sebagai langkah keselamatan.

Syed Rosli merupakan seorang pemandu Uber semenjak tahun 2016 lagi dan merupakan seorang pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grab dan Zeppon, beliau kemudiannya membuat laporan berkaitan dengan insiden berkenaan di Balai Polis Sri Petaling.

Semua pemandu perkhidmatan Uber dinasihatkan agar memasangkan kamera di dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga kerana perkara sedemikian mungkin juga akan berlaku kepada anda. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.