Header Ads

Petua Hilangkan Parut Jerawat Dalam Masa Seminggu Dengan Menggunakan 3 Bahan Dari Rumah Yang Amat Berkesan


Setiap orang pasti akan menghadapi dan merasai keperitan mempunyai jerawat di muka sehinggakan meninggalkan parut yang bertahun lamanya kekal berada di muka biarpun berbagai cara dan tips yang dilakukan untuk menghilangkan parut, namun parut masih ada.

Pada masa ini berbagai tips dan cara untuk menghilangkan parut jerawat dengan cepat. Adalah menjadi satu masalah yang amat membimbangkan apabila parut jerawat masih ada yang menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.

Cara untuk hilangkan parut jerawat yang akan dikongsikan ini menggunakan petua tradisional dengan segala bahan-bahan yang amat mudah didapati dari rumah.

Ikuti perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muyassarah Samad ini yang telah mengamalkan petua ini sejak 5 tahun lalu, di mana keberkesanannya amat menggembirakan apabila parut jerawat didapati hilang dengan cepat selepas menggunakan cara berikutnya;

Bahan-Bahan Petua Hilangkan Parut Jerawat


1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air kosong

Langkah pertama, ambil sedikit asam jawa mengikut kadar yang anda perlukan. Kemudian masukkan air kosong tetapi pastikan jangan terlalu cair dan tidak terlalu pekat bagi memastikan agar sesuai untuk disapukan ke muka.



Langkah kedua, ambilkan bedak sejuk dan dicampurkan dengan pes asam jawa itu tadi. Sekiranya larutan itu kelihatan pekat anda harus memasukkan sedikit air agar tidak terlalu pekat. Apabila sudah sebati anda bolehlah menyapukan ke muka untuk menghilangkan parut jerawat.



Berikutnya selepas disapukan ke muka, ianya kelihatan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair agar mudah melekat di muka.


Semoga bermanfaat kepada semua. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.