Header Ads

Seawal 11 Tahun Remaja Masa Kini Jalin Hubungan Intim Dengan Mudah Mendapatkan Bahan Lucah Dari Internet


Remaja masa kini sangat berani menjalinkan hubungan cinta tanpa batasan malah begitu berani melakukan hubungan yang tidak sepatutnya tanpa segan silu walaupun masih berada di alam persekolahan. Mengapa, bagaimana dan apakah punca perkara ini terjadi?

Perkongsian seorang doktor yang bernama Dr Nimelesh menceritakan tentang bagaimana seorang remaja yang dikatakan terlibat dengan masalah sosial sehingga menjalinkan hubungan intim pada 2 Ogos lalu mungkin akan membuka mata para ibu bapa yang sebelum ini tidak menyedari bagaimana anak-anak mereka terbabit dengan perkara sebegini.

Dr Nimelesh
"Beberapa bulan lepas, saya dapat seorang pesakit kes HIV baru. Budak lelaki berumur 15 tahun. Pasangannya banyak (multiple sexual partner)."

Ketika ditanya bagaimana dia mempelajari tentang hubungan intim yang bersifat pelbagai ini, respon yang diberikan remaja terbabit begitu mengejutkan.

"Adik, umur berapa you start menjalinkan hubungan intim?"

"Umur 11, Doktor".

"Macam mana you belajar macam mana nak buat benda macam ini?"

"Senang je Doktor, senang nak cari bahan-bahan kat internet terutamanya Tumblr".

Betul apa yang dicakapkannya dan dunia sekarang, jika kita inginkan apa saja maklumat, taip saja di laman Google, pasti akan keluar apa maklumat yang kita inginkan seperti dalam gambar di bawah.


Kata Dr Nimelesh, remaja zaman sekarang begitu mudah untuk mendapatkan apa saja maklumat dan juga bahan lucah. Remaja perempuan pula begitu mudah menghantar gambar pada lelaki yang mana mereka amat mempercayai lelaki itu dengan alasan cinta dan mereka menjalinkan hubungan intim.

"Percayalah, lelaki memang suka awek seksi tapi hanya untuk bercouple dan dibawa rempit. Kalau betul dia nak cari seorang untuk dijadikan calon isteri, dia akan pilih yang menutup aurat."

Gambar hiasan
Dr Nimelesh turut berpesan kepada semua remaja lelaki agar menghentikan perkara-perkara yang berkaitan lucah, malah menurutnya, masa depan mereka akan hancur sekiranya mereka terlanjur. Lebih baik menggunakan masa yang ada untuk belajar dan turut beribadah, katanya.

Gambar hiasan
Berikutnya sepotong ayat yang dikongsikannya iaitu Surah An Nur yang bermaksud seperti berikut;

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; … Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. …” (TQS. Al-Nur [24]: 30-31)

"Ibu bapa, seperti yang saya beritahu- tolong aktifkan tapisan internet untuk anak anak kecil anda kerana mereka masih tidak faham apa yang mereka lihat dan tonton. Tolong laporkan laman web sebegini ke MCMC supaya tindakan dapat diambil!" pinta Dr Nimelesh.

"Untuk yang dah tua dan "matang" tapi masih melayan benda benda macam ini- kalau nak sangat tengok perempuan seksi- beli lah pakaian seksi , suruh isteri awak pakai di rumah! Ini isteri di rumah pakai kain pelikat!"

Ibu bapa seharusnya memantu setiap anak-anak lebih-lebih aktiviti mereka di internet. Tunjukkan contoh yang baik, anak-anak pasti turut ikut sama menjadi lebih baik. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.