Header Ads

Taktik Terbaru Penyamun Letak Paku Dalam Span Di Tengah Jalan Raya


Satu taktik terbaru penyamun yang dikesan menggunakan cara meletakkan sejumlah paku di dalam span dan diletakkan di tengah-tengah jalan raya supaya kenderaan yang melanggarnya akan pancit serta memberhentikan kenderaan agar mudah mereka menyamun telah berlaku di negeri Johor.

Seorang lelaki bernama Nurur Rizal telah berkongsi tentang perkara ini di media sosial dan meminta orang ramai terutamanya pengguna jalan raya agar berhati-hati dan tidak melanggar span yang terdapat di jalan raya kerana dikhuatiri akan berlaku perkara yang sama.




Menurut Nurur Rizal kejadian tersebut berlaku di Jalan Pontian-Johor dan tayar berkenaan dilihat mempunyai cebisan span dan sebanyak 16 paku yang tercucuk di bahagian tayar yang menyebabkan kebocoran tayar yang teruk dan terpaksa menukar tayar baru.

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian netizen yang kini turut menyebarkan perkara ini di media sosial dan turut meminta semua pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak ingin kejadian yang sama akan berlaku kepada orang lain. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.