Header Ads

Tarian & Aksi Panas Seorang Penari Hindustan Yang Goda Lelaki Jadi Kecaman Netizen

Panas di media sosial apabila satu rakaman video yang menunjukkan seorang 'wanita' dengan berpakaian lengkap seperti seorang penari Hindustan sedang bergelek menari mengikut rentak lagu Devdas di satu majlis makan malam  yang dipercayai bertemakan ala Bollywood baru-baru ini jadi bualan netizen.


Memetik laporan dari portal Media Hiburan, keadaan menjadi panas apabila kelibat wanita tersebut dilihat menarik tangan salah seorang tetamu lelaki yang berada di majlis tersebut untuk menari bersamanya.

Walau bagaimanapun, suasana majlis menjadi semakin panas apabila tarian menggoda wanita terbabit kelihatan berani apabila wanita tersebut dengan selamba duduk di atas peha lelaki itu serta turut merapatkan badannya tanpa segan silu.

Namun, lelaki itu dikatakan tidak melepaskan peluang keemasan apabila dengan segera merangkul pinggang penari cantik itu diikuti wanita itu mengambil tangan lelaki tersebut dan meletakkan di bahagian dadanya.

Gambar hiasan
Tindakan berani wanita tersebut telah menyebabkan suasana majlis makan malam itu menjadi kecoh dan riuh sehinggakan dapat didengari jeritan tetamu-tetamu yang melihat persembahan wanita tersebut yang disifatkan panas dan menggoda.

Lelaki tersebut dilihat seperti terkejut dengan keadaan itu dan turut malu selepas terus digoda oleh wanita terbabit. Lebih mengejutkan apabila penari cantik itu turut memberikan satu ciuman di pipi lelaki tersebut yang dikatakan sebagai tanda terima kasih.



Biarpun, paparan video tersebut dilihat sebagai kurang jelas, namun rata-rata netizen dapat merasakan yang mereka tahu siapakah 'wanita' tersebut yang dimaksudkan malah ada yang turut mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang jutawan kosmetik yang dikatakan sering dilanda kontroversi.


Segelintir netizen turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan aksi penari tersebut yang dianggap sebagai amat keterlaluan yang boleh menyebabkan kontroversi panas. -www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.