Header Ads

(VIDEO) Gara-Gara Ingin Popular Di Media Sosial, Bapa Sanggup Buat Aksi Bahaya Terhadap Bayi Kecilnya


SIBERIA (RUSIA) - Seorang bapa kini menjadi buruan polis selepas tindakannya merakamkan aksi yang amat membahayakan nyawa anaknya dan dirinya sendiri semata-mata hanya ingin terkenal di media sosial.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Roman R, dipercayai telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan aksi bahayanya itu seperti menghulurkan bayinya keluar dari tingkap pintu kereta ketika kenderaan itu sedang dipandu laju.

Malah, amat mengejutkan satu gambar yang menunjukkan Roman sedang berdiri di atas bumbung di sebuah bangunan sambil memegang sebelah kaki bayinya sehingga tergantung dalam keadaan terbalik jadi tular di media sosial.




Tindakan Roman telah menyebabkan dirinya dikenali dan turut menarik perhatian netizen yang mengecam aksi bodohnya itu. Para pengguna internet turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan menggesa agar Roman ditangkap dengan segera.





Menurut laporan The Siberian Times, lelaki berkenaan dipercayai tinggal di Zelenogorsk di Siberia dan anaknya itu dikatakan berusia kurang dari setahun.

Menurut jurucakap polis, lelaki terbabit dikatakan sering memuat naik gambarnya melakukan berbagai aksi bahaya dan sering dikecam netizen akibat tindakannya itu malah mereka turut menganggap Roman sebagai sakit dan gila, lapor Harian Metro.


Seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung dan menjaga anak dengan baik serta turut memastikan keselamatan anaknya bukannya bertindak seperti itu sehingga membahayakan nyawanya.

Sumber: The Sun

No comments

Powered by Blogger.