Header Ads

(VIDEO) Jeritan Kuat Seorang Gadis Jadi Penyelamat Dari Dicabul Lelaki Gatal Ketika Berada Dalam Bas Ekspres


Apalah daya seorang wanita sekiranya diganggu dan dicabul oleh lelaki selain menjerit ketakutan dan jeritan wanita adalah senjata mereka untuk menyelamatkan diri apabila diri terancam dan dalam bahaya.

Pada zaman sekarang, di mana-mana sahaja walaupun di tempat awam masih lagi ada lelaki yang tidak memikirkan senstiviti orang lain malah semakin berani melakukan perkara yang tidak senonoh demi memuaskan nafsu.

Inilah yang berlaku kepada seorang gadis sewaktu berada di dalam sebuah bas ekspres di Kajang, Selangor.

Menurut laporan, gadis berkenaan dikatakan menjerit meminta pertolongan apabila seorang lelaki dikatakan telah cuba mencabulnya di dalam bas berkenaan. Ketika kejadian itu berlaku, mangsa dan suspek berada di bahagian tingkat atas bas berkenaan dan masing-masing berada di tempat duduk mereka yang telah ditetapkan.

Difahamkan, pemandu bas berkenaan terdengar jeritan seorang gadis yang menjerit meminta pertolongan pada jam kira-kira 8.30 pagi setelah bas berkenaan memulakan perjalanannya meninggalkan perhentian bas Kajang.

Pemandu berkenaan dikatakan dengan segera menuju ke tingkat atas bas untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Namun, beliau terkejut kerana melihat lelaki terbabit sedang cuba mencabul mangsa.


Lelaki terbabit dapat ditahan dan gadis yang trauma dengan keadaan itu dipercayai selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman video ketika kejadian itu juga turut tular di media sosial selepas seorang pengguna Facebook memuat naik ke laman sosial itu sebelum menerima pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki berkenaan dan turut mendesak pihak berkuasa mengenakan hukuman terhadap si pelaku dikatakan tidak boleh dimaafkan kerana cubaan mencabul kehormatan seorang perempuan. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.