Header Ads

(VIDEO) Kejam! Wanita Ugut Suami Gantung Anak Hidup-Hidup Sekiranya Suami Enggan Jawab Panggilan Telefon


Ibu bapa bertanggungjawab melindungi anak-anak mereka, sekiranya bukan ibu dan bapa yang menjaganya siapa lagi yang perlu diharapkan?

Itulah yang berlaku kepada seorang bayi malang ini apabila dia menjadi mangsa di atas kekejaman ibunya sendiri yang dikatakan telah bertindak mencekiknya serta menggantungnya di leher.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Bangkok, Thailand yang kini jadi tular dan tersebar secara meluas di media sosial selepas satu akaun Facebook yang bernama Social Hunter bertanggungjawab memuat naik rakaman video berkenaan beberapa hari lalu.

Melalui rakaman video yang berdurasi lebih dari satu minit itu, dapat dilihat seorang wanita yang kelihatan sedang marah diikuti bunyi tangisan seorang bayi yang dipercayai anaknya di belakang wanita berkenaan.

"Sekiranya kau tak ambil anak ini atau kau tak jawab panggilan telefon aku, aku akan bunuh dia. Dia masih hidup kerana aku benarkan dia hidup".

Kemudiannya, beberapa saat setelah itu, wanita terbabit didapati mengangkat anaknya dengan kasar serta menggunakan tali yang telah diikat di lehernya.


Difahamkan, perkara itu terjadi berpunca daripada keengganan suaminya yang dikatakan langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon dari isterinya itu.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ini turut mengecam tindakan kejam wanita terbabit dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita tersebut dengan segera.

Memetik laporan Bangkok Post, semuanya berlaku disebabkan faktor desakan hidup serta tekanan jiwa yang dialami wanita terbabit kerana didapati mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.