Header Ads

(VIDEO) Lelaki Ditahan Ketika Sedang Merakam Video Dari Bawah Skirt Seorang Wanita Di Mid Valley

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video yang tersebar sejak semalam yang menunjukkan seorang lelaki merakamkan video dari bawah skirt seorang wanita ditangkap ketika melakukan perbuatan tersebut.

Gambar hiasan
Kejadian yang dikatakan berlaku di pusat membeli belah Mid Valley itu jadi tular di media sosial selepas rakaman perbuatan lelaki terbabit dimuat naik oleh mangsa setelah berjaya menangkap suspek.


Suspek dipercayai menggunakan telefon bimbit dan mencari mangsanya di sekitar Mid Valley. Sasaran suspek adalah wanita yang memakai skirt pendek dan akan mendekati mangsa sebelum merakamkan video tanpa disedari mangsa.


Ekoran kejadian itu, mangsa bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya melaporkan tentang kejadian kepada pihak polis.


Orang ramai terutamanya wanita diminta berhati-hati ketika berada di tempat awam seperti pusat membeli belah kerana dikhuatiri perkara yang sama akan berlaku. - www.koleksiviral.com

No comments

Powered by Blogger.